Pages

Saturday, May 10, 2014

Ramkarpal mahu sambung legasi bapa

BUKIT GELUGOR: Anak ketiga kepada mendiang Karpal Singh, Ramkarpal didum secara rasmi sebagai calon Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil (PRK)  Bukit Gelugor.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di pusat operasi Bukit Gelugor di sini hari ini.

Hari penamaan calon PRK kerusi tersebut ditetapkan pada 12 Mei manakala tarikh pengundian pada 25 Mei.

DAP melalui mendiang Karpal menang dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon MCA pada Pilihan Raya Umum Mei tahun lalu.

Dalam pada itu, difahamkan sekurang-kurangnya lima lagi calon turut akan merebut kerusi dun tersebut.

Selain MCA, beberapa lagi calon termasuk dari Parti Cinta Malaysia dan Penang Front Parti (PFP) juga telah mengumumkan akan bertanding.

Turut dijangka bertanding beberapa lagi calon bebas yang mahu mencuba nasib. -HARAKAHDAILY 10/5/2014