KUALA LUMPUR: Biarpun lebih 50,000 rakyat menghadiri himpunan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di ibu negara semalam, kerajaan tetap bertegas tetap melaksanakan cukai itu pada April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan telah membuat persiapan lebih 30 tahun untuk perlaksanaan itu.
Beliau juga menyelar himpunan rakyat semalam yang disifatkan sebagai bertujuan mempolitikkan 'perkara baik' yang kerajaan mahu laksanakan.
"Mereka sepatutnya mengemukakan memorandum berhubung perkara itu, ini (bantahan) hanya bertujuan untuk mempolitikkan segala perkara baik yang kerajaan mahu laksanakan", katanya. - HARAKAHDALY 2/5/2014