Pages

Wednesday, July 23, 2014

Ahli PAS di Selangor jangan hilang tumpuan



KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS di Selangor hendaklah meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di negeri itu.

"Sama ada sebagai Exco, Ahli Dewan Negeri, ahli majlis, ketua kampung, nazir masjid, pengerusi surau atau pemegang-pemegang jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat," tegas Pesuruhjaya PAS selangor, Iskandar Abdul Samad.

Katanya, segala agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program-program yang telah diatur hendaklah diteruskan.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri, mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi terabai.

Adun Cempaka itu menambah, sesungguhnya rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan.

"Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini," ujarnya. -HARAKAHDAILY 23/7/2014

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab