Tindakan banyak pihak dalam negara ini seperti UMNO dan lain-lain mengecam serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas Gaza baru-baru ini, dilihat ramai hanyalah satu kerja yang sia-sia.
Rasionalnya, selain tentera Israel yang begitu hebat sekali dengan segala kelengkapan canggih, tanpa hubungan diplomatik, apa pun kecaman dan kutukan ke atas negara yahudi itu, pasti tidak sampai, ibarat anjing menyalak bukit, bukit tak runtuh, anjing yang penat.
Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengesyorkan agar pentadbiran Najib merundingkan hubungan diplomatik dengan Israel, tapi beliau dikecam kiri dan kanan pulak sedangkan hakikatnya niat beliau adalah baik.
Pepatah ada menyebutkan, musuh kalau tak boleh dilawan, kita buat kawan. Itu yang Anwar maksudkan tapi dah disalah erti sehingga ke tahap beliau dituduh pro yahudi - walaupun kenyataan itu tidak semuanya salah.
Dulu, ketika Malaysia menghadapi penentangan bersenjata Parti Komunis Malaya, antara strategi yang diambil kepimpinan waktu itu adalah mengadakan hubungan diplomatik dengan China walaupun kita tahu dengan jelas bahawa PKM mendapat bantuan dari China untuk beroperasi.
Kenapa yang itu boleh, dengan Israel tidak boleh?
Justeru, Najib sepatutnya menimbang untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel dalam kadar segera. Kalau Najib tak buat pun, Pakatan Rakyat akan jadikan perkara itu antara agenda pertama sebaik Putrajaya bertukar tangan dalam PRU14 nanti.
HIDUP DI DUNIA NI SEMENTARA SAJA.... INSAFLAH WAHAI PENULIS... FITNAH DAN DUIT X KAN MEMBANTU KITA DI AKHIRAT
ReplyDeletePemimpin agung kamu agama apa? Kalu dia berugama islam.. dia akan tau saat kehancuran zionis itu akan tiba... antara lambat atau cepat..
ReplyDelete