Pages

Thursday, July 10, 2014

Bung Mokhtar pertahan tweet Hitler

Bung_Mokhtar_300
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mempertahankan status di twitternya yang menyebut tentang bekas pemimpin Nazi yang telah mati, Adolf Hitler.

Sebelum ini beliau telah memuatnaik status di twitternya dengan mengatakan “well done..bravo..Long live Hitler.. ” yang bermaksud “taniah, syabas dan panjang umur buat Hitler”.

Status tersebut telah mengundang pelbagai reaksi negatif dari masyarakat dan mengulas mengenai perkara tersebut, Bung memilih untuk mempertahankan tindakannya itu sambil menambah bahawa orang-orang yang telah menyerang beliau di laman twitter itu hanya berbuat demikian kerana beliau ialah Bung Mokhtar.
“Sebagai peminat pasukan Jerman, saya sangat gembira kerana pasukan kegemaran saya dapat mengalahkan Brazil dengan jaringan 7-1 dan tidak salah jika saya merujuk kemenangan itu kepada Adolf Hitler.
“Saya tidak mengetahui apa masalah dengan mereka yang mengutuk status saya di twitter,” katanya.
Tambah beliau lagi, tweet yang dimuatnaik itu hanyalah sebagai satu gurauan dan tidak bermaksud serius.
“Saya fikir, orang sekarang harus mengubah tahap pemikiran dan mentaliti mereka. Apa sahaja yang saya tweet, mereka akan mengutuk saya.
“Mereka tidak mengutuk saya kerana Hitler, tetapi kerana saya Bung Mokhtar,” jelasnya.
Hitler merupakan pemimpin Nazi Jerman pada tahun 1933 hingga1945 yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian berjuta-juta orang Yahudi.
Bung pula menjadi anggota parlimen sejak 1999 dan sering kali menimbulkan kontroversi dengan kelantangannya menyuarakan pandangan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab