Pages

Friday, July 25, 2014

Isa Samad ibarat ludah ke langit

Karip Mohd Salleh
JEMPOL: Ketua PKR Cabang Jempol, Karip Mohd Salleh mengingatkan seterunya di Jempol iaitu Ahli Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad agar mencermin dirinya dahulu sebelum sibuk menuduh orang lain.

“Isa kata tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, sebagai satu perebutan kuasa.
“Isa sedar tak yang dia sendiri gila kuasa apabila memegang dua jawatan yang sangat penting.

“Dia Ahli Parlimen Jempol, sepatutnya kena luangkan banyak masa di kawasan Parlimen Jempol untuk menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
“Sebaliknya dia juga pegang jawatan Pengerusi Felda. Perkara sebegini, apabila seorang Ahli Parlimen turut memegang jawatan nombor satu dalam sesebuah GLC, tidak pernah berlaku ketika zaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
“Memegang dua jawatan besar sekaligus kita panggil apa pula?
“Apakah ianya gila kuasa atau gila nak makan gaji sini dan sana?
“Tidak cukupkah khidmat beliau sebelum ini sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun?
“Saya nasihatkan Isa muhasabah diri dia dulu sebelum nak mengata orang,” kata Karip.
Karip, seorang peneroka Felda, berkata demikian ketika merujuk kepada kenyataan Isa yang menyifatkan isu pertukaran Menteri Besar di Selangor sebagai satu perebutan kuasa dan cubaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu hari ini.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab