Tak sampai 2 hari selepas dilihat bermesra-mesra sakan dengan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam majlis berbuka puasa anjuran UMNO, Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dikhabarkan bertemu pula dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lewat-lewat malam.
Apa buat jumpa lewat-lewat malam? Ini yang sedang jadi persoalan. Dengan Najib berkurung 10 minit entah apa yang dibualkan, dengan Hadi jumpa tengah-tengah malam pula.
Walaupun Hadi adalah antara pemimpin Pakatan Rakyat sama seperti Khalid tapi pertemuan ini perlu dicurigai kerana ia berlaku di tengah-tengah kemelut Menteri Besar Selangor sedang hebat berlangsung.
Khalid tidak seharusnya menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk menerjah masuk berjumpa sesiapa juga yang dia mahu. Selaku Presiden PAS, Hadi hanya layak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR, Khalid tidak layak.
Semuanya sudah diatur canti bagaimana Khalid akan berundur dengan cara baik, Khalid patut ikut saja perancangan yang dah dibuat, tak perlu buat macam-macam usaha terdesak di saat saat akhir ini untuk selamatkan diri.
PKR dan majoriti besar rakyat Selangor sudah boleh menerima hakikat bahawa Khalid bukan lagi Menteri Besar dan Azmin telah bersiap sedia untuk mengambil alih pada bila-bila masa setelah melalui proses yang betul.
Dalam masa yang sama, jika Jawatankuasa Disiplin PKR masih buntu dalam mencari alasan terbaik untuk menyingkirkan Khalid, pertemuan sulit antara Khalid dengan Najib dan Hadi ini adalah bukti kukuh untuk membawa beliau ke sesi pendengaran.
Aku percaya, Khalid sememangnya sedang merancang sesuatu apabila berjumpa kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS ini secara sembunyi-sembunyi.
Nasihat aku pada PKR, jangan sampai api jadi marak dan membakar rumah sebab kalau itu berlaku, tidak ada apa yang perlu dikesalkan lagi, semuanya sudah terlambat.
Bila pulak ada protokol boleh jumpa atasan dgn atasan saja. Jwtn Anwar bukan ditandingkan. Dia bukan Presiden. Anwar pun bukan ada protokol. Boleh jumpa sesiapa termasuk chinadoll.
ReplyDelete