Pages

Wednesday, July 9, 2014

Kajang Move Jadi Kenyataan Lepas Raya


Jangan terkeliru, tiadanya pertukaran Menteri Besar Selangor sekarang seperti yang heboh diperkatakan awal minggu ini, bukanlah disebabkan perkara itu tidak jadi, tapi ditangguhkan atas halangan-halangan tertentu.

Rakyat perlu tahu perlantikan seorang Menteri Besar bukanlah semata-mata ditentukan oleh majoriti kepercayaan di DUN Selangor, tapi juga perlu mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu serta beberapa perkara lain melibatkan pentadbiran.

Lagipun, pertukaran Menteri Besar Selangor tidak perlu dibuat secara tergesa-gesa kerana Pakatan Rakyat pasti tidak mahu kemelut yang melanda Terengganu berikutan peralihan kuasa antara Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Abdul Razif Abdul Rahman awal bulan lepas, berulang.

Seolah-olah kita tidak pernah belajar dari kesilapan yang dilakukan pihak musuh.

Yang pasti, gerakan untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim di Selangor yang lebih dikenali sebagai Kajang Move ini, tetap berjalan mengikut jadual dan dijangka tamat selepas hari raya Aidilfitri yang akan datang.

Maklumat ini diperolehi dari beberapa sumber yang rapat dengan perancang Kajang Move sendiri, Rafizi Ramli.

Bagi yang tidak tahu, Kajang Move sebetulnya mempunyai beberapa tahap dan peringkat.  Pengosongan kerusi DUN Kajang secara sengaja untuk digantikan dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail (sepatutnya Datuk Seri Anwar), hanyalah peringkat yang pertama.

Peringkat seterusnya ialah menyingkirkan Khalid dari apa jua jawatan yang disandang dalam PKR.  Peringkat ini pun telah berjaya dilaksanakan bila Khalid kalah dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor di tangan bekas ahli parlimen Kapar.

Seterusnya, semua kroni-kroni Khalid Ibrahim dalam pentadbiran kerajaan negeri (tidak terkecuali Exco), sama ada akan digugurkan atau digantikan dengan mereka yang kesetiaannya hanya satu - kepada parti.

PKR sedang menghadapi masalah diperingkat ini sekarang kerana tindak balas Khalid telah menggagalkan usaha ini.  Dengan kuasa sebagai Menteri Besar, Khalid telah menghalang keputusan ketua jabatan untuk mengambil tindakan ke atas individu yang dimaksudkan.

Yang berjaya dilakukan setakat ini ialah menyingkirkan bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin dari MBi (Menteri Besar Incorporated).  Faekah sekarang hanyalah penyelaras DUN Pelabuhan Klang yang diwakili sendiri oleh Khalid.

Sebab itulah sedikit masa diperlukan untuk menyelesaikan semua perkara ini dan selepas hari raya adalah tarikh yang difikirkan sangat sesuai.

Dibawah Kajang Move lagi, jika semua perancangan di atas menemui kegagalan, Pakatan Rakyat akan menubuhkan sebuah jawatankuasa Pemandu di Selangor bagi meneliti semua keputusan yang dibuat oleh Menteri Besar, sehinggalah dia meletakkan jawatan.

Pakatan Rakyat melihat kejayaan jawatankuasa Pemandu ini di Kedah dan akan mengambil tindakan yang sama di Selangor.  Kalau selepas penubuhan jawatankuasa Pemandu itu Khalid meninggal dunia seperti mana bekas Menteri Besar Kedah dulu, lagi baik, tak payah susah-susah.



No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab