Setakat artikel ini ditulis, hampir pasti puak pemisah pro Rusia di Ukraine akan dipersalahkan di atas kejadian penembakan jatuh pesawat MAS penerbangan MH17 Amsterdam-Kuala Lumpur semalam.
Ini berikutan maklumat perisikan yang menunjukkan bahawa Rusia telah membekalkan sekurang-kurangnya satu bateri peluru berpandu bumi ke udara jarak sederhana jenis BUK-M1-2 kepada puak pemisah di Ukraine.
Walaupun dinafikan beberapa kali oleh puak pemisah, tapi dipercayai peluru berpandu yang sama telah digunakan untuk menembak jatuh sebuah pesawat pejuang SU-25 dan pesawat pengangkut AN-24 milik Ukraine, dalam tempoh 2 hari sebelum kejadian yang menimpa MH17.
Adakah kejadian ini menunjukkan bahawa pesawat berkenaan telah menjadi mangsa percaturan politik Rusia dalam menghalalkan pencerobohannya di Ukraine?
Sebab, kejadian ini terbukti telah mengundang respon yang pelbagai dari masyarakat dunia mengenai peperangan yang tercetus di antara Ukraine dengan puak pemisah yang disokong sepenuhnya oleh Rusia.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sendiri telah memanggil sidang tergempar untuk membincangkan hal ini walaupun perang saudara tersebut sebenarnya telah berlanjutan selama lebih 3 bulan bila Rusia menceroboh Crimea yang kemudiannya mengisytiharkan wilayah tersebut sebagai sebahagian dari Rusia.
Di dalam tempoh tersebut, PBB mengambil sikap berkecuali dan menyerahkan sepenuhnya kepada Rusia dan Ukraine untuk menyelesaikan sendiri perkara tersebut. Tapi bila berlaku insiden yang menimpa MH17 ini, barulah PBB membuat keputusan untuk campur tangan.
Jika ada sesiapa yang mahu perhatian dunia akan krisis Rusia-Ukraine ini dengan menembak jatuh pesawat tersebut, maka mereka telah mendapat perhatian yang dimahukan.
Persoalannya sekarang, apakah tindakan Malaysia selepas ini? Adakah Malaysia mempunyai kekuatan ketenteraan yang cukup untuk membalas tindakan yang diambil puak pemisah pro Rusia ke atas pesawat MH17 yang ditembak jatuh semalam?
Rakyat sudah pasti mahukan satu bentuk pembalasan kerana kesan dari kejadian tersebut begitu besar sekali, apatah lagi tahun ini sahaja sudah 2 pesawat MAS yang terhempas jatuh. Sekurang-kurangnya dalam kes membabitkan MH370, tidak ada sebarang bukti fizikal yang boleh ditunjukkan berbanding yang ini.
Aku tak bimbang kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim yang jadi Perdana Menteri sebab kita tahu beliau sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan apa jua pertikaian dan insiden membabitkan Malaysia diperingkat antarabangsa.
Tak hairanlah kan, orang bijak memang begitu.
Masalahnya sekarang Perdana Menteri kita ialah Najib. Najib bukan pernah teruji ke tahap seperti ini pun, yang dia tahu, sikit sikit jual nama Obama, sikit sikit jual nama Obama.
Bila nak selesai masalah?
Jgn sebut pasal Anwar. Manusia pemain bontot & pantat sekaligus tak layak jd PM. Msia boleh mendesak PBB ambil tindakan. Org mcm Anwar tak perlu kerana pandai bercakap saje. Jgn kata Anwar cerdik. Dia hanya penipu.
ReplyDelete