Pages

Monday, July 14, 2014

Mustafa: Itu hanya pertemuan biasa

  • Mustafa Ali Mustafa Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM  - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan pertemuan yang berlangsung lewat malam tadi bersama Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah satu perjumpaan biasa yang diadakan pada bulan Ramadan.

Tegas beliau, ketiga-tiga pemimpin langsung tidak menyentuh berkenaan dengan isu politik atau parti masing-masing di sepanjang masa pertemuan tersebut berlangsung.

“Itu hanya pertemuan biasa yang berlaku di kalangan pemimpin. Kami sudah lama tidak berjumpa, jadi selepas masing-masing menunaikan ibadah terawih, kami ambil kesempatan untuk berkumpul dan bersembang santai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online hari ini.
Mengulas mengenai dakwaan perbincangan tersebut diadakan kerana Khalid mungkin akan menyertai Pas, beliau berkata, ia sesuatu keputusan yang mustahil dan tidak akan diterima oleh kedua belah pihak.

“Dia menteri besar di PKR, Pas tidak akan terima dia menyertai parti. Perkara sedemikian tidak berbangkit langsung dalam perjumpaan kami malam tadi,” sangkalnya.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab