SHAH ALAM: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dakwaan di beberapa portal media yang melaporkan bahawa Sultan Selangor menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad untuk menghadap baginda adalah tidak benar.
Menurut beliau, pihak istana belum membuat apa-apa keputusan berhubung permohonan Khalid Samad untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Tambah beliau lagi, istana tidak pernah dihubungi oleh mana-mana portal berita untuk sebarang pencerahan atau kenyataan mengenai surat permohonan tersebut.
“Pihak istana akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menolak dakwaan bahawa baginda tidak memperkenankan permohonan Khalid Samad dalam waktu terdekat,” katanya.
Semalam, beberapa portal media telah melaporkan bahawa Sultan Selangor tidak memperkenankan permohonan Khalid Samad untuk menghadap baginda.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab