Pages

Wednesday, July 16, 2014

Peter Chin tidak pertahan jawatan presiden SUPP

  • Peter Chin Fah KuiPeter Chin Fah Kui
 1 / 1 
MIRI - Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Peter Chin Fah Kui hari ini mengesahkan tidak akan bertanding dalam pemilihan jawatankuasa pusat parti itu untuk penggal 2015 2017.

Chin, 69, dalam satu kenyataan di sini, turut meminta agar tidak dicalonkan untuk bertanding semasa Persidangan Perwakilan Tritahunan (TDC) 2014 bulan depan.

"Bagi mengelakkan sebarang spekulasi, saya menyatakan hasrat saya untuk tidak lagi terlibat secara aktif dalam pentadbiran SUPP selepas TDC 2014 kelak.

"Sehubungan itu saya tidak akan meminta (atau dipujuk menerima) pencalonan untuk bertanding merebut kerusi dalam Jawatankuasa Pusat SUPP 2015-2017," katanya.

Chin yang meneraju SUPP sejak 11 Disember 2011, berkata sehubungan itu juga beliau tidak menyerahkan kertas pencalonan kepada cawangan Bekenu hari ini.

"Saya akan kekal sebagai anggota yang setia kepada SUPP dan penyokong tegar parti serta Barisan Nasional," katanya.

TDC 2014 dijadualkan berlangsung di ibu pejabat SUPP pada 23 dan 24 Ogosini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab