Pages

Tuesday, July 22, 2014

PKR sebulat suara calonkan Wan Azizah

wan azizah300
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) awal pagi tadi dengan sebulat suara mencalonkan Presidennya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Keputusan untuk mencalonkan hanya satu nama dari PKR ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah yang sedang melanda Selangor dan juga untuk membina kestabilan politik di Selangor,” kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berucap dalam sidang media setelah selesai mesyuarat Pimpinan PKR awal pagi tadi di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya. Menurut Anwar, pencalonan Wan Azizah akan dibentangkan secara rasmi dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang akan diadakan Rabu ini.
Tambahnya lagi, PKR menghargai sumbangan  Khalid Ibrahim selama ini, namun sudah tiba masa untuk perubahan dilakukan terutamanya yang bersangkut dengan pembaikan dalam masalah pentadbiran negeri Selangor yang menurutnya  menimbulkan kegelisahan kepada rakyat seperti masalah air, KIDEX dan lain-lain lagi.
Manakala Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata pihak PAS tidak pernah memberi persetujuan untuk penggantian Khalid Ibrahim dan perkara tersebut tidak pernah dimaklumkan oleh PKR secara rasmi. PAS hanya mengetahui mengenai perkara penggantian Khalid Ibrahim  melalui laporan dan berita di media.
Beliau menegaskan bahawa PAS peringkat pusat mahupun negeri tidak pernah membuat keputusan untuk menyetujui usul penggantian menteri besar dengan mana-mana pemimpin lain.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab