Penderaan kanak-kanak, dimana-mana tempat dalam dunia sekalipun adalah satu kesalahan jenayah dan pelakunya perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan mereka.
Kalau mendera untuk mendisplinkan anak pun boleh menjadi satu kesalahan, apatah lagi mendera anak untuk kesalahan yang disifatkan ramai sebagai terlalu kecil seperti tidak sembahyang.
Maka itu keputusan Tourism Malaysia untuk menerima semula pendera kanak-kanak yang telah disabitkan kesalahan mengikut undang-undang Sweden, Azizul Raheem Awalludin yang dibebaskan dari penjara kelmarin, adalah satu keputusan yang tidak boleh diterima akal sama sekali.
Tindakan ini bukan sahaja salah dari sudut norma undang-undang antarabangsa, bahkan berlawanan dengan peraturan Perintah-Perintah Am untuk kakitangan awam sendiri pun.
Semua kakitangan awam, tidak kira yang berkhidmat di dalam mahupun luar negara adalah terikat kepada peraturan yang sama, agak aneh kenapa Azizul diberikan keistimewaan, bukan saja diterima semula bila dibebaskan, malah sejak kes ini mula dibicarakan lagi.
Dari bantuan guaman yang ditanggung sepenuhnya kerajaan sehinggalah sekarang, semua ini menunjukkan ketidakadilan sedang berlaku dalam perkhidmatan awam kita. Sedangkan dalam masa yang sama, ada pegawai kerajaan yang dibuang hanya kerana kesalahan berkhalwat.
Logiknya, antara mendera anak kerana tidak bersembahyang dengan berkhalwat, kesalahan mana paling kecil? Sudah tentulah berkhalwat. Mendera anak hanya kerana tak sembahyang ni hanya perbuatan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman sahaja.
Biasalah orang Islam tak sembahyang, apa yang isu sangat sampai nak mendera-dera kanak-kanak? Lagipun bukankah dalam Islam sudah disebut "tidak ada paksaan dalam beragama"?
Yang nyata, membiarkan manusia yang sudah terbukti ganas terhadap kanak-kanak dalam perkhidmatan awam seperti Azizul, sebetulnya telah mencemarkan perkhidmatan awam itu sendiri. Malangnya dalam hal ini, kerajaan bersalah kerana membiarkan perkara ini terjadi.
Pakatan Rakyat selaku pejuang hak asasi manusia di negara ini tidak seharusnya membiarkan perkara ini berterusan. Perlu ada tekanan supaya kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap pendera kanak-kanak seperti Azizul.
Dia bukan sahaja perlu ditamatkan perkhidmatan, bahkan perlu diadili mengikut undang-undang Malaysia - walaupun kesalahan itu berlaku di Sweden. Kalau dapat penjarakan dia untuk beberapa tahun lagi, lebih bagus.
Perkara ini perlu dilakukan cepat sebab bulan September nanti, penjenayah yang sebenar, Shalwati Nor Shal pula akan dibebaskan dari penjara serta pulang ke Malaysia. Memandangkan dia adalah guru yang sedang bercuti tanpa gaji, kita bimbang dia pun akan diterima bertugas seperti mana suaminya.
Sebagai guru, dia bukan sahaja berpeluang mendera anak-anaknya sahaja, tapi mendera anak orang lain yang menjadi anak muridnya. Itu yang kita tak mahu. Sebab itulah tindakan ke atas Azizul perlu dimulakan dari sekarang supaya tindakan sama boleh diambil ke atas isterinya nanti.
Aku sokong tourism ni dah gila kekalkan banduan ni sama macam PKR kekalkan banduan sebagai ketua umumketua umum & DAP kekalkan bekas banduan sebagai ketua menteri Pulau Pinang
ReplyDeleteAnwar pun bekas banduan...
ReplyDeleteBetul ke kesalahan mendidik anak taat pd ajaran islam satu kesalahan dimalaysia jika begitu ramai la penjawat awam dibuang kerja ....hal kesalahan itu lembaga tatatertip lebih arif ...
ReplyDeleteadmin pigR bodoh mcm vavi.
DeleteBodoh admin blog ni klau kate memukul anak tidak sembahyang kesalahan kecil. Jaga mulut supaya tak tergelincir akidah.
ReplyDeleteStupid....... nih mesti bukan isla yg tulis atikel nih....
ReplyDeleteXtau xpyh tulis artikel la...nmpk sgt tahap mental tu
ReplyDeletePolis patut segera menyiasat penulis blog ni kerana menghina Islam. Jangan tunggu laporan lagi. Pegawai polis sendiri boleh buat laporan seperti kes kiki. Kalau dibiarkan makin ramai nanti yang terlibat menghina Islam.
ReplyDelete