Wednesday, July 23, 2014

Wan Azizah Jadi MB Kerana Tidak Ada Anak Jati Selangor Yang Layak


Sejak mula diumumkan kelmarin, penamaan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, mula mencetus polemik di kalangan rakyat negeri tersebut dan penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Padahal keputusan telah dibuat oleh pemimpin nombor satu kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat tidah seharusnyalah membantah dan menerima keputusan tersebut dengan baik.

Walaupun begitu, melihat kepada keterujaan rakyat untuk mendapatkan penjelasan, Pakatan Rakyat tampil dengan jawapan kenapa keputusan melantik Wan Azizah ini diambil.

Mungkin ramai orang tidak tahu bahawa antara tujuan Khalid Ibrahim digantikan dengan Wan Azizah ialah untuk menstabilkan situasi politik di Selangor yang kini berada dalam keadaan genting berikutan sabotaj oleh penyokong-penyokong Khalid terhadap pihak yang mereka bertelagah.

Sabotaj ini dikesan berlaku dalam PKR dan pentadbiran kerajaan negeri Selangor itu sendiri.  Semua insiden memalukan yang menimpa PKR sekarang adalah dikaitkan dengan sabotaj yang sama.

Jika Anwar membuat keputusan kurang bijak dengan mencalonkan seorang lagi anak jati Selangor untuk menjadi Menteri Besar, situasi politik yang kian meruncing ini tidak akan dapat diselesaikan.  Jalan terbaik ialah membawa orang luar menjadi Menteri Besar.

Selain itu, kualiti kepimpinan yang diperlukan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, tidak ada pada mana-mana anak jati Selangor yang layak.  Dalam keadaan negeri itu mengalami banyak masalah sekarang akibat kelemahan pentadbiran Khalid, pemimpin yang nak dipilih untuk menggantikannya perlulah 10 kali lebih baik dari Khalid dalam semua segi.

Disinilah letaknya keistimewaan Wan Azizah, bukan semata-mata kerana beliau adalah isteri Anwar sahaja - walaupun mungkin itu adalah antara faktor utama.

Keistimewaan berkenaan tidak ada pada mana-mana ADUN Pakatan Rakyat yang ada sekarang, hanya pada Wan Azizah seorang kerana beliau bukan anak jati Selangor serta tidak terikat dengan politik yang bersifat kenegerian.

Oleh yang demikian, rakyat Selangor perlu menerima hakikat bahawa mereka mungkin rakyat negeri termaju di Malaysia dan berkeupayaan untuk melakukan segala yang terbaik di negeri tersebut, tapi jawatan Menteri Besar bukanlah milik mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Keistimewaan wan azizah ni adalah dia seorang yg boleh menerima hentaman dari arah depan dan belakang.

Anonymous said...

Mangkuk betul article ni

Anonymous said...

Dia ni orang penang kot cheruk tokun mali....