Showing posts with label utama. Show all posts
Showing posts with label utama. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Kalah Teruk Di P. Kubor Bukti PAS Lebih Hodoh Dari PKR


Awal-awal dulu, tak siapa sangka PAS boleh kalah teruk di DUN Pangkalan Kubor.  Kalah mungkin kalah, tapi kalah dengan majoriti lebih besar?  Tak ramai yang jangka tu.

Faham sajalah, Parlimen Tumpat PAS dimana DUN Pangkalan Kubor terletak adalah diwakili PAS, 3 dari 4 DUN dalam kawasan tersebut juga PAS menang, termasuk DUN Pasir Pekan dimana ADUNnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Negeri Kelantan itu sendiri pun PAS yang perintah sejak 1990.

PRK P. Kubor: Nik Aziz Bukan Lagi Ikon Yang Popular

Kekalahan memalukan PAS di Pengkalan Kubor semalam, banyak disumbangkan oleh kebergantungan yang amat keterlaluan parti itu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Seolah-olahnya letak batang tubuh Nik Aziz disitu, separuh jentera kempen boleh goyang kaki. Pengundi tak payah ambil, tengah hari ada jentera kempen yang dah balik resort berehat dan sebagainya.

Ini yang silap.  Tak dinafikan Nik Aziz masih punya pengaruh, tapi pengaruhnya bukan kuat lagi macam dulu lagi dah.  Zaman berubah, Nik Aziz pun sudah tak berkuasa lagi, semua faktor inilah yang menjadikan Nik Aziz bukan lagi Nik Aziz yang sama masa mula-mula berkuasa di Kelantan.

Thursday, September 25, 2014

PRK Pengkalan Kubor - Perkembangan Terkini

Kesimpulan - PAS silap letak calon bodoh


20:14 - Tidak Rasmi BN Menang PRK Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih 2625 undi (aku malas update dah)

19:41 - BN Menang Undi Awal dan Undi Pos (Rasmi)

19:40 - PAS Menang di PDM Kg Tebing Majoriti 107 Undi

19:38 - Sumber tidak rasmi memaklumkan BN sedang mendahului 1800 undi, 3 kotak undi belum dikira

19:30 - Sumber yang layak dipercayai memberitahu BN sedang bersiap sedia meraikan kemenangan (kira undi pun tak habis lagi)

19:27 - BN Menang di PDM Kg Teluk Jering Majoriti 316 Undi

19:26 - BN Menang di PDM Tujoh Majoriti 111 Undi

19:25 - BN Menang di PDM Jubakar Darat Majoriti 677 Undi

19:23 - BN Menang di PDM Bunohan Majoriti 468 Undi

19:21 - BN Menang di PDM Telaga Bata Majoriti 115 Undi

19:20 - BN Menang di PDM Kg Bendang Pak Yong Majoriti 221 Undi

19:19 - BN Menang di PDM Pengkalan Kubor Majoriti 557 Undi

19:16 - BN Menang di PDM Kuala Ketil Majoriti 24 Undi

PAS Yakin Menang Di Pangkalan Kubor, Majoriti Hampir 2,000


Berdasarkan kiraan awal, PAS yakin akan menang dengan majoriti besar, bodoh-bodoh pun di atas 2,000 undi.

Dengan syarat, peratusan keluar mengundi dapat dikurangkan kepada 65%.

Keyakinan ini berdasarkan bacaan sokongan yang menunjukkan peningkatan positif pengundi di sini ke atas calon PAS, Wan Rosdi.  Walaupun diakui Wan Rosdi tidak berpelajaran tinggi tapi pengundi di Pangkalan Kubor yang rata-rata sekolah pondok ini, tidak perlu orang berpelajaran tinggi sebagai pemimpin mereka.

Wednesday, September 24, 2014

Pangkalan Kubor: BN Akan Hancur Kerana Risalah Buruk Nik Aziz


Penyebaran risalah di atas yang jelas menghina bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pangkalan Kubor, benar-benar satu kesilapan besar dilakukan jentera BN - jika benar merekalah dalangnya.

Walaupun Nik Aziz telah bersara sebagai Menteri Besar Kelantan akibat masalah kesihatan dan keuzuran, tapi pengaruhnya di negeri tersebut, perlu diakui masih kuat. Seperti mana Mahathir masih berpengaruh dalam UMNO selepas bersara, begitulah Nik Aziz dalam PAS dan Kelantan.

Menghina beliau seperti ini jelas tidak boleh diterima oleh sesiapa pun di negeri itu, termasuk pengundi Pangkalan Kubor.

Langkah Kajang Gagal, Rafizi Perlu Dihukum


Walaupun kita menerima dengan hati gembira perlantikan Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim, tapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Langkah Kajang sebenarnya telah gagal mencapai matlamat sebenarnya.

Iaitu meletakkan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bukan Azmin.

Memang, kegagalan Langkah Kajang boleh disalahkan sebahagian besarnya kepada PAS yang gagal menunjukkan kesetiaan dalam Pakatan Rakyat apabila enggan menyokong perlantikan Wan Azizah, tapi yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini adalah perancang utamanya, Rafizi Ramli.

Tuesday, September 23, 2014

Azmin Tak Akan Lantik Penyokong Wan Azizah Sebagai Exco


Sumber pejabat Timbalan Presiden PKR di Tropicana menyebut, Menteri Besar Selangor yang baru, YB Azmin Ali tidak akan melantik ADUN-ADUN dari PKR yan diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Alasan sebenar kenapa perkara itu berlaku, tidak dapat dipastikan tapi ia ada kena mengena dengan kebimbangan ADUN-ADUN ini akan melakukan sesuatu yang tidak selari dengan kehendak Azmin selaku ketua kerajaan negeri kalau dilantik sebagai Exco nanti.


Siapakah ADUN yang dimaksudkan, aku sendiri pun tak tahu, tapi beberapa orang ADUN Selangor seperti Elizabeth Wong, Rodziah Ismail dan beberapa orang lagi, diketahui menjadi penyokong kuat Presiden PKR tersebut.

Wan Azizah Akan Letak Jawatan ADUN Kajang?


Tak lama selepas upacara perlantikan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru selesai, timbul cerita bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan mengosongkan kerusi DUN Kajang kerana gagal menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah katanya di desak oleh penyokong di kelilingnya yang mahukan beliau mengosongkan kerusi tersebut kerana amatlah tidak kena bila Timbalan beliau dalam PKR menjadi Menteri Besar sedangkan beliau sendiri hanyalah seorang ADUN biasa.

Pucuk pimpinan PKR pun sudah bersetuju dengan cadangan tersebut dan bersedia menghadapi pilihanraya kecil Kajang sekali lagi (dalam tempoh kurang satu tahun) bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Wan Azizah.

Siapa Exco Selangor Yang Akan Digugurkan?


Menurut sumber, akan ada banyak perubahan dalam barisan Exco Selangor sedia ada dibawah pentadbiran Dato Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali.

Banyak khabar angin berlegar sekarang ini, tapi yang paling menarik perhatian ialah cerita kononnya akan ada ramai muka baru dalam barisan Exco yang akan dilantik.

Ini secara langsung membawa maksud, ramai Exco sedia ada akan digugurkan.

Tugas Pertama Azmin, Kembalikan Keyakinan Rakyat Selangor


Dato' Menteri Besar Selangor baru, YB Tuan Azmin Ali yang sempurna perlantikan jawatannya sebenar tadi, mempunyai banyak tugas selepas ini, terutamanya dalam membetulkan balik semua benda salah yang Menteri Besar terdahulu, Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya mungkin telah lakukan.

Sudah tentu perhatian ramai lebih terarah kepada perlantikan Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri (Exco) yang baru, tapi dalam masa yang sama, Azmin perlu mengutamakan serta mencari jalan bagaimana mahu menghukum mereka yang terlibat dengan kesalahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan selama memerintah Selangor (jika ada).

Aku difahamkan, Azmin akan melihat semula semua perjanjian yang telah pentadbiran terdahulu tandatangani terutama 6 bulan kebelakangan ini dan melihat jika ada unsur-unsur salah guna kuasa yang boleh dibawa ke Mahkamah.

Monday, September 22, 2014

Azmin Bersumpah Nafi Ada Skandal Seks Sebelum Angkat Sumpah


Hampir pasti sekarang ini ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Aku dan ramai penyokong Azmin yang lain sedang menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat Istana Selangor pada bila-bila masa dari sekarang.

Selepas pengumuman itu nanti, Azmin dikatakan akan turut membuat majlis bersumpah di depan kitab Al-Quran di sebuah masjid di Gombak, menafikan bahawa beliau ada terlibat dalam skandal seks dengan seorang perempuan sebelum PRU13 yang lalu.

Terima Kasih Iskandar Kerana Tolak Jawatan MB

Menjelang perlantikan Menteri Besar Selangor esok, aku difahamkan dari 3 calon peringkat akhir, sekurang-kurangnya satu sudah menyatakan hasrat untuk menarik diri.

Orang yang dimaksudkan ialah ADUN Cempaka, Iskandar Samad.

Sebaiknya begitu sebab Iskandar memang dari segala segi tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor.  Dia bukan sahaja tak berkemampuan tapi turut mengalami banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan dia mati pada bila-bila masa.

Sunday, September 21, 2014

Solat Berimamkan Muhyiddin Di Pengkalan Kubor Tidak Sah?


Timbalan kepada Najib, Muhyiddin Yassin dilaporkan sebentar tadi mengimamkan sembahyang Zuhur di Masjid Kubor dalam rangka lawatan sehari melawat kawasan ini.

Persoalannya sekarang, apakah sah sembahyang yang diimamkan Muhyiddin itu memandangkan dia bukanlah terdiri dari seorang yang alim selain banyak dosa.

Imam sembahyang ni bukan boleh buat main - main, sebab itu aku difahamkan tak semua orang layak menjadi imam kerana tanggungjawab yang besar, maklum sajalah memimpin  ramai orang menghadap Tuhan.

Saturday, September 20, 2014

Pernah Bercerai, Mat Razi Tak Layak Jadi Wakil Rakyat


Rakyat Kelantan umumnya diakui memang biasa dalam soal cerai berai ini.  Sebagai negeri dimana 3 suku golongan dewasanya merantau ke negeri orang saban tahun untuk bekerja, meninggalkan isteri atau suami dan bersempadan pula dengan Thailand, maka tidak hairanlah kenapa cerai berai ini menjadi soal biasa.

Bagaimanapun, calon wakil rakyat yang bercerai berai, itu tak boleh diterima.  Sebab ia ada kaitan dengan keupayaan memimpin, kalau keluarga sendiri pun tak boleh nak pimpin, nak jaga rakyat macam mana?

Oleh yang demikian, calon BN dalam PRK Pangkalan Kubor ini, Mat Razi Mat Ail, tidak layak sama sekali dipilih menjadi wakil rakyat pada 25 September yang akan datang kerana dia pernah menceraikan isteri kedua yang dikenali sebagai Nora.

PR Akan Hantar Makanan Tambahan Kepada Adam Adli Di Penjara


Pakatan Rakyat seharusnya berasa kasihan dan simpati dengan nasib menimpa bekas pemimpin pelajar pro pembangkang, Adam Adli Abdul Halim yang dipenjarakan selama 12 bulan kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dalam satu rapat umum anjuran Pakatan Rakyat, Mei tahun lepas.

Walaupun Pakatan Rakyat telah berusaha memberi bantuan dengan menyediakan khidmat guaman percuma dan lain-lain keperluan, tapi itu sahaja belum cukup untuk melepaskan Adam Adli dari pertuduhan tersebut.

Oleh yang demikian, beberapa orang sukarelawan Pakatan Rakyat bersedia untuk menghantar makanan tambahan ke penjara dimana Adam Adli akan ditahan pada setiap hari sehingga dia dibebaskan nanti.

Friday, September 19, 2014

MB Selangor: Terima, Tolak, BIncang, Mana Satu Keputusan PAS?

Aku pening, semua orang pening, mana satu sebenarnya keputusan PAS kalau ADUN mereka dilantik menjadi Menteri Besar Selangor Selasa depan.

Ikut Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) kata akan tolak, Mustafa Ali kata akan terima apa sahaja keputusan Istana sementara Tuan Ibrahim Tuan Man kata akan bincang dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain, betulnya mana satu pendirian PAS?

Bila di desak supaya perkara itu (PAS menolak jawatan Menteri Besar) dijadikan usul dalam Muktamar, masih tidak ada berita sehingga sekarang, tak tahu nak berjalan atau tidaknya sedangkan Muktamar akan berakhir esok.

SEGERA!! Azmin Ali Diisytihar MB Baru Jam 10 Pagi?

Aku mendapat maklumat dari sumber yang rapat dengan kerajaan negeri bahawa ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali akan diumumkan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru,

Jika maklumat ini benar is adalah kemenangan untuk rakyat Selangor secara keseluruhannya.

Thursday, September 18, 2014

PANAS!! MB Baru Selangor Angkat Sumpah 23hb, Dari PAS?



Kemaskini!!! Istana Selangor sebentar tadi mengesahkan bahawa majlis angkat sumpah Menteri Besar baru akan diadakan pada 23hb.

Ada khabar angin bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor yang baru 
akan dilantik pada 23hb September depan.

Ini berikutan tersebarnya kad jemputan di atas di media sosial tapi kesahihan kad tersebut tidak dapat dipastikan

Menariknya, Menteri Besar yang baru ini adalah dipilih dari kalangan ADUN PAS yang namanya diserahkan PAS Pusat kepada pihak Istana beberapa minggu lepas.


Kalau dari PKR aku sudah tentu dah tahu.

Benarkah begitu?  Sesiapa ada terima maklumat yang sama sila kongsi di ruangan komen.

Mat Razi Perlu Sumpah Di Masjid Telah Ceraikan Isteri Kedua

Gambar Hiasan
Lanjutan dari pendedahan blog ini mengenai apa yang dikatakan hubungan sulit calon BN Pangkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail sewaktu masih berkhidmat sebagai guru semalam, dia dilaporkan telah mengaku kepada beberapa pemimpin UMNO Pusat bahawa wanita yang dimaksudkan adalah isteri keduanya yang telah diceraikan.

Pengakuan itu bagaimanapun agak meragukan kerana tidak ada apa-apa dokumen yang boleh mengesahkan bahawa wanita tersebut telah diceraikan Mat Razi seperti mana yang didakwanya.

Dalam dunia serba moden hari ini, dokumen penting bagi mengesahkan kesahihan dakwaan seumpama itu.  Penafian mulut semata-mata, tidak cukup kuat untuk meyakinkan rakyat.

Pengundi Pangkalan Kubor Suka Dengar 'PhoneSex' Mat Sabu


Dalam usaha mengawal damage control lanjutan dari pendedahan hubungan gelap calon BN dalam PRK Pangkalan Kubor seperti didedahkan blog ini semalam, BN mula main cara kotor dengan mengedarkan rakaman telefon perbualan lucah yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan seorang wanita bernama Normah.

Aku tak faham kenapa BN perlu menggunakan pendekatan sedemikian untuk menangani isu hubungan gelap calon mereka kerana khabarnya sudah dijelaskan oleh Haji Mat Razi bahawa wanita tersebut adalah isteri keduanya tapi telah diceraikan.

Tak seperti penduduk negeri lain, di Kelantan, soal kahwin cerai kahwin cerai ini bukan isu yang luar biasa, hampir kesemua golongan tua di negeri tersebut dan separuh dari golongan dewasa pernah melalui perkara itu.