Entah apalah dosanya sehinggakan cakap benda betul pun, berbakul-bakul kena maki.
Soalnya pagi tadi, bila Pakatan Rakyat meminta polis menjaga hak asasi manusia suspek dalam kes pembunuhan pegawai Ambank di Subang Jaya bulan lepas, dibalas dengan pelbagai makian dari mereka yang terlalu ikut emosi.
Di Facebook, Twitter dan ruang komen dalam artikel berkenaan, semua orang marah, apa salah dengan artikel tersebut?
Tak betul ke kalau Pakatan Rakyat minta hak asasi suspek berkenaan dijaga? Tak betul ke kalau Pakatan Rakyat minta sesiapa jangan menghakimi suspek berkenaan sehingga Mahkamah membuat keputusan? Tak betul ke semua tu?
Aku tak nampak di mana salah. Pakatan Rakyat berpegang kepada prinsip natural justice - no man should be condemn unheard.
Sesuai dengan prinsip yang sama, aku juga menyerulah kepada suami arwah Norazita Abu Talib, agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penahanan suspek kes tersebut semalam.
Dari maklumat yang aku dapat, Irwan Kamarudin ini dilapor ada mengeluarkan kenyataan melalui beberapa media agar penjenayah berkenaan menerima hukuman yang setimpal selepas berita penahanannya mula tersebar ke pengetahuan umum.
Aku rasa kenyataan itu tidak adil untuk suspek.
Seperti yang aku jelaskan, dia belum didapati bersalah dan tidak seharusnya dia dihukum sebegitu. Biarlah Mahkamah membuat keputusan dulu, barulah boleh membuat kenyataan kepada media.
Silap-silap, suspek yang bernama Laorde Ardina Laode Rasila ini akan terlepas dari hukuman kerana sekarang kita tahu ada seorang lagi suspek bernama Joemar sedang menjadi buruan pihak polis.
Bermaksud kes ini jauh dari selesai dan tidak sepatutnyalah Irwan mengeluarkan kenyataan melulu kepada media. Masih banyak proses perundangan yang perlu diselesaikan sebelum kes ini layak dibicarakan di Mahkamah.
Yang dah tak ada tu dah tentulah tak kembali semula, jangan yang hidup ini pula nanti merengkok dalam penjara kerana kesalahan menghina Mahkamah.
Pakatan Rakyat ada hak untuk mengingatkan sesiapa pun tentang kepentingan menghormati hak asasi manusia sesiapa pun, termasuk suspek penjenayah. Siapa nak maki, makilah, itu masalah masing-masing.
No comments:
Post a Comment