Ramalan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din bahawa pesawat MH370 sekarang berada di alam ghaib, telah benar-benar memalukan Pakatan Rakyat.
Walaupun kita semua sedar Harun Din memang terkenal dengan penguasaan dalam alam ghaib dan mengubat orang yang kononnya disampuk jin, tapi kenyataan seperti itu tidak kena dengan perkembangan semasa membabitkan kehilangan pesawat tersebut.
Sebab Pakatan Rakyat sedang berusaha mengaitkan UMNO/BN dengan bomoh Ibrahim Mat Zain yang membuat upacara bodoh di KLIA kelmarin, tiba-tiba Harun Din keluar kenyataan yang tidak kurang bodoh dengan upacara mengarut yang dilakukan Ibrahim.
Ini kali kedua Harun Din memalukan Pakatan Rakyat dalam masa beberapa hari. Kelmarin, Harun Din dipetik media sebagai berkata kerajaan Malaysia telah melakukan segala yang terbaik dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat MH370 ini.
Apa masalah Harun Din ini kita sendiri pun tak tahu kerana Pakatan Rakyat telah memutuskan untuk mengecam dan mengutuk semua usaha yang dibuat kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat yang hilang ini, tidak kiralah berapa baik pun usaha tersebut.
Perkiraannya mudah, bagus macam mana pun usaha menyelamat tapi selagi pesawat tersebut tidak dijumpai, usaha itu hanya sia-sia dan menghabiskan wang rakyat dengan pengerahan aset-aset tentera ke kawasan yang dikatakan lokasi perhubungan dengan pesawat tersebut hilang.
Kalau Harun Din hanya seorang tua biasa yang mengarut seperti itu, tak mengapa, masalahnya sekarang, jawatannya dalam PAS menyeret sekali Pakatan Rakyat dalam cubaan Harun Din untuk mendapatkan publisiti murahan.
Maklum sajalah, bomoh tikar terbang sudah dapat publisiti meluas dengan rakaman Youtube dia mahu menampar Khairy Jamaludin sajapun sudah melebehi 1 juta views. Harun Din rasa, dia pun patut dapat pendedahan yang sama.
Tapi Harun Din hanya mengeluarkan kenyataan, dia tidak melakukan apa-apa aksi seperti mana bomoh tersebut, maka itu, apa publisiti yang nak diberikan kepada dia?
PAS perlu melihat perkara ini dengan lebih mendalam. Telah banyak yang diperkatakan tentang perbezaan perjuangan politik Harun Din dengan Pakatan Rakyat selama ini, tapi perkara itu seolah-olah tidak diendahkan.
Harun Din adalah halangan terbesar kepada penyatuan Malaysia dibawah Pakatan Rakyat. Dulu dia dan Harun Taib, tapi bila Harun Taib sudah mati, tinggal dia seorang sahaja yang menjadi pengacau, bilalah nak mati pun tak tahu.
Menyusahkan orang saja.