Esok, bertempat di Stadium Kajang akan diadakan pelancaran Reformasi 2.0 bagi menegakkan keadilan unutk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun kerana dakwaan meliwat Saiful Bukhari secara paksa.
Sedangkan hubungan itu sebetulnya berlaku secara sukarela, seperti disahkan oleh Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Gerakan ini dijangka lebih hebat dari 1998 kerana rakyat sudah tidak lagi boleh menerima tekanan berterusan ke atas Anwar, dalam usaha pentadbiran Najib Tun Razak untuk mengekalkan kuasanya dan BN di peringkat persekutuan.
Oleh yang demikian, semua rakyat Malaysia diminta melupakan MH370 dan datang beramai-ramai ke Stadium Kajang esok bagi menyatakan sokongan terhadap gerakan ini.
Apatah lagi, usaha mencari MH370 ini dijangka akan sampai ke penghujung, setelah serpihan dari bangkai pesawat tersebut di temui di Lautan Hindi, arah selatan dari bandar Perth, Australia.
Jadi bila nasib kesemua krew dan penumpang tersebut sudah diketahui, maka tidak ada apa yang 'thrill' mengenai pencarian ini lagi, semuanya sudah terjawab dengan penemuan 2 serpihan pesawat tersebut.
Maka itu, fokus rakyat kini perlu beralih kepada pilihanraya kecil Kajang dan gerakan reformasi 2 untuk menegakkan keadilan bagi pihak Anwar, isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan anak-anak mereka seramai 6 orang.
Perjuangan ini jauh lebih penting dari meratap dan menangisi penumpang dan krew pesawat MH370 yang entah sesiapa tu.
Semoga esok akan menjadi hari yang bersejarah untuk rakyat dan negara Malaysia dengan bermulanya gerakan Reformasi 2 ini.
Aku difahamkan, selepas dari ini, tidak ada hari yang tidak diisi dengan laungan reformasi dan tidak ada minggu dimana jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur akan sunyi dari demonstrasi. Gerakan ini akan berterusan sehingga Anwar dibebaskan atau BN tumbang menyembah jalan.
Pilih mana satu mahu.