Sunday, September 21, 2014

Solat Berimamkan Muhyiddin Di Pengkalan Kubor Tidak Sah?


Timbalan kepada Najib, Muhyiddin Yassin dilaporkan sebentar tadi mengimamkan sembahyang Zuhur di Masjid Kubor dalam rangka lawatan sehari melawat kawasan ini.

Persoalannya sekarang, apakah sah sembahyang yang diimamkan Muhyiddin itu memandangkan dia bukanlah terdiri dari seorang yang alim selain banyak dosa.

Imam sembahyang ni bukan boleh buat main - main, sebab itu aku difahamkan tak semua orang layak menjadi imam kerana tanggungjawab yang besar, maklum sajalah memimpin  ramai orang menghadap Tuhan.

Dimana berdosanya Muhyiddin ini bukanlah susah sangat nak dicari. Selain dia itu kepala nombor dua dalam parti segala kejahatan di Malaysia iaitu UMNO, salah seorang anak perempuannya juga menjadi penyanyi!!!

Dunia artis ni macam yang kita semua tahu bergelumang dengan dosa dan maksiat tapi itulah juga dunianya yang diceburi anak Muhyiddin - yang jadi Imam sembahyang kejap tadi di Pengkalan Kubor.

Selain itu, ada juga pandangan pakar Islam yang aku temui mengatakan, orang yang jadi Imam ini mestilah bersih dari segala dosa dan banyak pahalanya.  Kalau anak pun jadi penyanyi akan bergelumang maksiat ,  tidak bertudung dan sebagainya, banyaklah dosanya tu, mana boleh jadi imam!!

Baru dosa yang anaknya buat kita sebut ni, belum dosa Muhyiddin lagi.  Kalau dihimpun, mahu 3 kali ganda KLIA tinggi.

Aku ingat lebih baik semua orang yang sembahyang di belakang Muhyiddin tadi, sembahyang semula. Sembahyang anda berimamkan Muhyiddin tu tak sah kerana Muhyiddin ni banyak dosa orangnya.

25 comments:

M.mazhar@kenit said...

Jangan brlagak sbgai Allah..Allah sj yg layk mnjtohkn hukum..

Anonymous said...

Ustaz ckp kita tak tahu solat kita atau taubat kita diterima atau tidak oleh Allah s.w.t. .....cuma kita bersangka baik dan memohon terhadapNya agar segala amal ibadat dan taubat kita diterima olehNya.....kita tak boleh menentukan dosa dn pahala seseorang......hanya antara kita dan Allah s.w.t. shj yg tau kemana arah kita....syurgakah atau nerakakah......semuanya berdasarkan amal ibadat kita......peribadi kita.....ada ustaz kata kalau kita masuk syurga itu adalah kerana rahmat Allah s.w.t. .........admin kena byk belajar........solat membentuk peribadi kita.........jd....tanya diri kita.....adakah solatku berjaya membentuk peribadi diriku.......jika tidak.......mcmana dgn solatku........wallahualam.....

Anonymous said...

hurm..dyana sofea tu menutup aurat sgt :)

Unknown said...

Hebat penulis, boleh tahu tahap dosa seseorang dan sah atau tidak solat seseorang.....ulamak punya berani keluar statement begini. Astaghfirullah istighfar dan bertaubatlah kamu menangis macam tak takut dan menafikan akan hari dihisab diakhirat kelak.....janji Allah itu pasti wahai saudara seislam ku

Anonymous said...

Astaghfirullah... Baiklah saudara memohon ampun kepada Allah...

glassman said...

biarkan Luncai terjun dengan labu2 nya

Anonymous said...

Utk makluman..ni statement admin yg paling bodoh..

Anonymous said...

Hukum untuk menentukan sah atau tak sah solat dan pahala atau dosa seseorang bukanlah ada pada manusia,hanya ada pada Allah.
contohnya,masa kita gi masjid selepas solat berjemaah telah pun selesai,pada masa tu juga ada orang sedang solat sendirian atau mengimamkan solat,apa yang kita akan lakukan?terus menjadi makmum solat itu atau akan fikir tentang dosa pahala imam itu?semestinya sertai solat tersebutkan?
jd kenapa bila Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi imam solat pula tak sah?sebab kita kenal dia ke?
Ahli Pas pula katanya PRU13 kena mengimamkan solat baru boleh jadi ketua negara,bila mengimamkan solat pula katanya tak sah.
apa yang dimaksudkan ni?

khairul said...

Hebat penulis ni..Halal Haram pon dia dah bleh jatuhkan hukum sendiri..
Takut la mati sama..

Anonymous said...

dia ni rasa dia perfect sgt. Kamu pun apa kurangnya. banyak dosa. siapa jadi isteri/ suami kamu, berimamkan kamu, tidak sah sembahyang kamu sbb kamu banyak dosa. hah?Apa kau rasa bila aku cakap camni?Kalau nak kutuk org tu, cermin dulu muka kau tu sikit. ADA PAHAM

Unknown said...

amboi.. sedapnya mengata solat orang tak sah.
Solat kau tu confirm ke sah dan diterima?
kamu tu bukan tuhan, yang layak jatuhkan hukum dalam hal-hal macam ni,

otak tu jangan letak kat lutut.
ini mesti sel-sel otak tak berkembang.
pegi minum susu anmum, belum terlambat lagi.

Anonymous said...

bagus sgtkah diri kite ni nak kata solat org diterima ke tidak..yg melihat adalah Allah..sekurang kurang nyer dia menjaga hubungan nyer dgn Allah seperti menunaikan solat..anda tu menjaga ke hubungan sesama manusia..fikir fikir la sahabat se Islam

Anonymous said...

Penulis..tinggi ego kamu...

Ali Wowberita said...

Agak-agak la nak berpolitik pun. Ini sampai menuduh solat orang lain tidak sah. Yang nak tentukan solat sah atau tak bukan kita tapi Allah. biarlah Allah yg tentukan...

Anonymous said...

Apabila kita dilarang menyekutukan Allah dengan berhala, batu, kayu, pohon, binatang dan manusia, maka janganlah menyekutukan Allah dengan diri kita sendiri..... bertaubatlah penulis

Anonymous said...

Bagaimanalah ketua PAKATAN ni didik anak buah ttg agama. Berani mnjatuhkan hukum. Siapa yg hebat sgt ttg agama dlm PAKATAN. Setanding ilmu mereka spt ulama ternama dunia yg sentiasa mengkaji ilmu dan menaikkan Islam di mata dunia dgn Ilmu dunia dan akhirat mereka.

Anonymous said...

Assamuallaikum.. Kan depa yang penang pintu syorga tu depa pun ada kata undo pas masuk syorga dan apabila meniggal dunia selimut dengan bendera pas tu gerenti masuk syorga tu..,

Anonymous said...

Admin ni datang dr planet mana!? Rajin2 la baca sejarah Islam..

Anonymous said...

kau ni bebal sangat sampai post entry ntah ape-ape..tak payah susah-susah fikir..fikir, renung n tengok diri sendiri tu dulu..dok buat fitnah je tahu..macam mane cita tu?? haiihhhh..

Anonymous said...

Berfikir dulu sebelum tulis admin.Kalau admin ckp mcm tu, maknanya Dato Seri tidak boleh mengimamkn keluarga nya sebagai ketua keluarga.

Anonymous said...

Inilah dia penulis laknatullah namanya...

Zubair said...

Kalau berjabat tangan dengan perempuan bukan muhrim sebelum solat maknanya tak sah sebab wuduk dah batal. Sila periksa.

Anonymous said...

kalau buat slah dgn allah kita just sembahyang taubat..tapi kalau buat salah dengan manusia kena minta maaf baru allah akan maafkan..jadi admin ingatlah dosa k..jangan nak kata orang banyak dosa tu tak boleh jadi iman..amin..

Anonymous said...

admin pernah jadi imam x?

Anonymous said...

amboi bang..besar sgt kabel abg ni..