Dalam usaha mengawal damage control lanjutan dari pendedahan hubungan gelap calon BN dalam PRK Pangkalan Kubor seperti didedahkan blog ini semalam, BN mula main cara kotor dengan mengedarkan rakaman telefon perbualan lucah yang didakwa membabitkan Timbalan Presiden PAS sekarang, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) dengan seorang wanita bernama Normah.
Aku tak faham kenapa BN perlu menggunakan pendekatan sedemikian untuk menangani isu hubungan gelap calon mereka kerana khabarnya sudah dijelaskan oleh Haji Mat Razi bahawa wanita tersebut adalah isteri keduanya tapi telah diceraikan.
Tak seperti penduduk negeri lain, di Kelantan, soal kahwin cerai kahwin cerai ini bukan isu yang luar biasa, hampir kesemua golongan tua di negeri tersebut dan separuh dari golongan dewasa pernah melalui perkara itu.
Jadi bila Mat Razi sudah berikan penjelasan itu, sudah tidak ada apa lagi yang boleh dipolitikkan atau apa keperluan BN membongkar kembali rakaman telefon perbualan lucah antara Mat Sabu dengan Normah?
Selain tidak ada bukti yang suara itu benar-benar suara milik Mat Sabu, perkara ini pun sudah lama (1994) dan tidak perlu diungkit semula. Yang bertanding sekarang ini pun bukan Mat Sabu, tapi Wan Rosdi, jika betul pun perbualan tersebut, apa kaitannya dengan pengundi Pangkalan Kubor perlu menolak PAS?
Maka tidak hairanlah kenapa di kedai-kedai kopi sekitar Pangkalan Kubor hari ini, rakaman seks tersebut menjadi bahan ketawa penduduk kampung serta tidak ada kesan kepada keputusan pengundian 25hb nanti.
No comments:
Post a Comment