Wednesday, September 24, 2014

Langkah Kajang Gagal, Rafizi Perlu Dihukum


Walaupun kita menerima dengan hati gembira perlantikan Azmin Ali sebagai Dato Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim, tapi dalam masa yang sama kita tidak boleh menolak hakikat bahawa Langkah Kajang sebenarnya telah gagal mencapai matlamat sebenarnya.

Iaitu meletakkan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, bukan Azmin.

Memang, kegagalan Langkah Kajang boleh disalahkan sebahagian besarnya kepada PAS yang gagal menunjukkan kesetiaan dalam Pakatan Rakyat apabila enggan menyokong perlantikan Wan Azizah, tapi yang bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan ini adalah perancang utamanya, Rafizi Ramli.

Selaku Pengarah Strategi PKR, Rafizi sepatutnya telah mengambil kira semua masalah yang mungkin timbul dan merencanakan strategi yang betul untuk mengatasinya.  Bagaimana Rafizi boleh terlepas pandang apa perlu dibuat sekiranya PAS atau DAP menolak?

Tidak bolehlah Rafizi berharap kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja untuk menyelesaikan masalah dengan parti-parti komponen.  Anwar sudah buat yang terbaik apabila menubuhkan Pakatan Rakyat dan berjaya dalam 2 PRU terakhir, selebihnya terpulanglah kepada Rafizi nak buat macam mana.

Rafizi turut gagal mengambil kira faktor Istana dalam soal ini.  Dari apa yang kita lihat, Langkah Kajang yang dirangka Rafizi tidak langsung mengambil kira faktor tersebut, walhal itulah yang terpenting sekali kerana Istana mempunyai kuasa mutlak melantik Menteri Besar seperti dalam undang-undang tubuh negeri Selangor.

Maka itu tidak ada penyelesaian lain, melainkan Rafizi meletakkan jawatan sebagai Pengarah Strategi PKR dan menyerahkan kepada orang lain untuk memikul tanggungjawab tersebut.  Hakikatnya, tidak ada apa yang 'strategik' dengan Langkah Kajang ini, semuanya mudah dijangka dan mudah di duga.

No comments: