Tuesday, September 23, 2014

Azmin Tak Akan Lantik Penyokong Wan Azizah Sebagai Exco


Sumber pejabat Timbalan Presiden PKR di Tropicana menyebut, Menteri Besar Selangor yang baru, YB Azmin Ali tidak akan melantik ADUN-ADUN dari PKR yan diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Alasan sebenar kenapa perkara itu berlaku, tidak dapat dipastikan tapi ia ada kena mengena dengan kebimbangan ADUN-ADUN ini akan melakukan sesuatu yang tidak selari dengan kehendak Azmin selaku ketua kerajaan negeri kalau dilantik sebagai Exco nanti.


Siapakah ADUN yang dimaksudkan, aku sendiri pun tak tahu, tapi beberapa orang ADUN Selangor seperti Elizabeth Wong, Rodziah Ismail dan beberapa orang lagi, diketahui menjadi penyokong kuat Presiden PKR tersebut.

Nak kata sabotaj bukan, tapi kecenderungan yang ke arah macam itu.

Ini penting kerana selaku Menteri Besar yang baru mengambil alih, Azmin memerlukan sokongan penuh kesemua Exconya dalam memulihkan Selangor yang menjadi teruk sepanjang pemerintahan terdahulu.

Walaupun hanya seorang Exco memberontak kerana tidak berpuas hati Wan Azizah tidak dilantik, ia akan mencemarkan kesucian seluruh pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang baru dan perkara seumpama ini tidak boleh dilakukan, terutama kerana Azmin baru mengambil alih.

Azmin bagaimanapun akan memberikan jawatan yang difikirkan sesuai untuk kelompok ini dalam syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang lain.  Ini bagi mengelakkan mereka dari bertindak lebih jauh dengan menyokong BN atau keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. 

Elaun dan kemudahan-kemudahan lain yang bakal diterima nanti, mampu menjamin sokongan ADUN-ADUN berkenaan terhadap pentadbiran yang baru.

Ini bukan rasuah, tapi perkara biasa yang dilakukan mana-mana kerajaan negeri di Malaysia ini, termasuk UMNO dan Barisan Nasional.

2 comments:

Anonymous said...

Ini tak ada kerja lain asyik nak memecahbelahkan Pakatan!

Anonymous said...

sebenarnya saya dah lama juga perhatikan tulisan anda ini.. saya merasakan yg anda ni bukan dari kalangan PKR ataupun PR! anda hanya ingin memecah belahkan PKR dan PAS.. anda banyak membuka keaiban org lain khususnya org Islam.. x sangka ada org semacam anda ini!! anda tali barut DAP mungkin??