Tuesday, September 23, 2014

Wan Azizah Akan Letak Jawatan ADUN Kajang?


Tak lama selepas upacara perlantikan Dato' Menteri Besar Selangor yang baru selesai, timbul cerita bahawa Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan mengosongkan kerusi DUN Kajang kerana gagal menjadi Menteri Besar Selangor.

Wan Azizah katanya di desak oleh penyokong di kelilingnya yang mahukan beliau mengosongkan kerusi tersebut kerana amatlah tidak kena bila Timbalan beliau dalam PKR menjadi Menteri Besar sedangkan beliau sendiri hanyalah seorang ADUN biasa.

Pucuk pimpinan PKR pun sudah bersetuju dengan cadangan tersebut dan bersedia menghadapi pilihanraya kecil Kajang sekali lagi (dalam tempoh kurang satu tahun) bagi menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Wan Azizah.

Lagipun pengosongan kerusi DUN Kajang dahulu tujuannya ialah untuk menumbangkan Khalid Ibrahim dan menggantikannya dengan Wan Azizah (Langkah Kajang), tapi dengan perkembangan semasa dimana Azmin telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, tidak ada gunanya Wan Azizah terus kekal sebagai ADUN Kajang kerana tidak setaraf.

Taraf beliau sebagai Presiden PKR ialah sebagai Menteri Besar atau sekurang-kurangnya Ahli Parlimen.  Ramai penyokong Wan Azizah berasa malu sekiranya beliau dan Azmin duduk dalam dewan yang sama tapi Azmin di kedudukan lebih tinggi.

Bercakap tentang itu, ada kebarangkalian satu kerusi Parlimen milik PKR akan dikosongkan bagi membuka jalan kepada Wan Azizah bertanding disitu.  Besar kemungkinan di Permatang Pauh, jika keputusan Mahkamah Persekutuan Oktober nanti tidak menyebelahi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah pengosongan kerusi DUN Kajang ini akan berlaku sekali lagi?  Sama-sama kita tunggu perkembangannya nanti.

2 comments:

mus said...

Jika beliau mengosongkan kerusi Kajang, adakah beliau boleh (layak) bertanding kerusi parlimen?

mohd tamrin said...

Tiada kena mengena...