Menurut sumber, akan ada banyak perubahan dalam barisan Exco Selangor sedia ada dibawah pentadbiran Dato Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali.
Banyak khabar angin berlegar sekarang ini, tapi yang paling menarik perhatian ialah cerita kononnya akan ada ramai muka baru dalam barisan Exco yang akan dilantik.
Ini secara langsung membawa maksud, ramai Exco sedia ada akan digugurkan.
Perkara ini sudah tentu tidak dapat dielakkan memandangkan DAP terutamanya, sudah hilang keyakinan terhadap 4 Exco PAS sedia ada kerana keengganan mereka melepaskan jawatan menyebabkan kerajaan pimpinan Khalid Ibrahim sebelum ini, masih sah dah tidak tumbang.
Walaupun PAS mempunyai jasa yang besar sehingga membawa perlantikan Azmin hari ini kerana hanya parti itu yang menyerahkan nama Azmin (selain 2 ADUN mereka sendiri) untuk pertimbangan Istana bagi jawatan Menteri Besar, tapi kepentingan DAP dan Pakatan Rakyat lebih besar lagi dan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
Apa sekalipun, Menteri Besar baru mesti diberi masa sendiri, dibawah tekanan untuk menentukan barisan Exco yang bakal berkhidmat bersama-sama dengan beliau.
Semua parti komponen terlibat perlu menerima keputusan Menteri Besar dan tidak merumitkan keadaan yang baru menunjukkan pemulihan dengan selesainya kemelut Menteri Besar Selangor ini.
No comments:
Post a Comment