Dato' Menteri Besar Selangor baru, YB Tuan Azmin Ali yang sempurna perlantikan jawatannya sebenar tadi, mempunyai banyak tugas selepas ini, terutamanya dalam membetulkan balik semua benda salah yang Menteri Besar terdahulu, Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncunya mungkin telah lakukan.
Sudah tentu perhatian ramai lebih terarah kepada perlantikan Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan Negeri (Exco) yang baru, tapi dalam masa yang sama, Azmin perlu mengutamakan serta mencari jalan bagaimana mahu menghukum mereka yang terlibat dengan kesalahan dan penyelewengan yang telah mereka lakukan selama memerintah Selangor (jika ada).
Aku difahamkan, Azmin akan melihat semula semua perjanjian yang telah pentadbiran terdahulu tandatangani terutama 6 bulan kebelakangan ini dan melihat jika ada unsur-unsur salah guna kuasa yang boleh dibawa ke Mahkamah.
Rizab Selangor berjumlah lebih RM 3 billion juga akan menjadi keutamaan yang paling tinggi Azmin kerana dengan jumlah itu, banyak boleh dilakukan untuk memajukan lagi Selangor dan PKR serta Pakatan Rakyat.
Khalid yang terkenal dengan perangai kedekutnya, enggan menggunakan rizab itu untuk menaik taraf banyak kemudahan rakyat yang semakin uzur.
Dari segi perlantikan Exco, aku difahamkan ada kemungkinan jumlah anggota sedia ada akan bertambah melihat kepada pertindihan tugas yang terlalu banyak. Sebelum Khalid memecat Exco dari PKR dan DAP, Selangor mempunyai 10 orang Exco, tidak termasuk Khalid sendiri.
Azmin juga akan mengambil alih semua jawatan pengerusi yang sebelum ini diduduki Khalid. Jawatan dan pejabat serta semua kemudahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Negeri yang ditarik balik Faekah semalam, katanya akan dikembalikan semula.
Selepas itu Azmin akan mula melihat semua GLC milik kerajaan negeri yang dikatakan banyak disalahgunakan pentadbiran terdahulu untuk kepentingan dirinya sendiri.
Yang penting, semua dakwaan berkaitan penyalahgunaan kuasa oleh pentadbiran sebelumnya akan disiasat dengan mengikut lunas undang-undang yang ada supaya diakhirnya, semua pihak mendapat keadilan dan pembalasan yang setimpal.
No comments:
Post a Comment