Menjelang perlantikan Menteri Besar Selangor esok, aku difahamkan dari 3 calon peringkat akhir, sekurang-kurangnya satu sudah menyatakan hasrat untuk menarik diri.
Orang yang dimaksudkan ialah ADUN Cempaka, Iskandar Samad.
Sebaiknya begitu sebab Iskandar memang dari segala segi tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor. Dia bukan sahaja tak berkemampuan tapi turut mengalami banyak masalah kesihatan yang boleh menyebabkan dia mati pada bila-bila masa.
Iskandar dikatakan ada semua penyakit yang dikaitkan dengan obesiti seperti jantung, hati, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya - tengoklah badannya tu, besar macam badak sumbu, pun dah tahu.
Bimbang nanti, dengan tekanan yang maha besar sebagai Menteri Besar Selangor, Iskandar tak mampu nak menampungnya dan seterusnya memburukan keadaan kesihatannya yang memang sedia teruk.
Disamping itu, khabarnya Iskandar juga menerima tekanan dari dalam partinnya sendiri untuk tidak menerima jawatan tersebut bagi membuka peluang kepada calon pilihan, ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali.
Jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor yang disandangnya sekarang akan ditarik balik dengan serta merta kalau dia berkeras untuk terus berada dalam persaingan.
Begitupun, kita masih perlu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Iskandar kerana sudi menarik diri walaupun hakikatnya dia memang tidak layak.
Ini bukan kerja senang, sudah selangkah nak menjadi orang nombor satu kerajaan negeri, tapi Iskandar rela melepaskan peluang tersebut.
1 comment:
Amat memalukan pkr.. Isi kandung biarla dengan budi bahasa..kalau berpolitik saya fikir macai umno saja teruk ni blogger pun teruk... Meludah ke langit kena muka sendiri
Post a Comment