Hampir pasti sekarang ini ADUN Bukit Antarabangsa, Azmin Ali akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Aku dan ramai penyokong Azmin yang lain sedang menunggu pengumuman rasmi yang akan dibuat Istana Selangor pada bila-bila masa dari sekarang.
Selepas pengumuman itu nanti, Azmin dikatakan akan turut membuat majlis bersumpah di depan kitab Al-Quran di sebuah masjid di Gombak, menafikan bahawa beliau ada terlibat dalam skandal seks dengan seorang perempuan sebelum PRU13 yang lalu.
Rakaman CCTV seorang wanita sedang melakukan seks oral dengan seorang lelaki yang mirip muka Azmin, mula tersebar beberapa bulan sebelum PRU13 berlangsung. Serangan yang dipercayai di dalangi pejabat Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun, gagal menjatuhkan Azmin, sebaliknya beliau terus kuat, baik di kerusi yang ditandinginya mahupun dalam parti PKR.
Walaupun dari satu segi, upacara angkat sumpah ini tidak memberi makna kerana bukan tuntutan dalam Islam, tapi dari satu segi yang lain, ia penting untuk menyedapkan hati rakyat beragama Islam kerana sebagai Menteri Besar, Azmin akan memegang pelbagai jawatan tinggi dalam majlis atau jawatankuasa berkaitan Islam di negeri tersebut.
Tak elok rasanya orang yang pegang jawatan tinggi dalam jawatankuasa atau majlis berkaitan Islam, dikaitkan dengan skandal seks seperti itu, jadi jalan terbaik ialah mengadakan upacara bersumpah tersebut.
No comments:
Post a Comment