Thursday, September 25, 2014

PAS Yakin Menang Di Pangkalan Kubor, Majoriti Hampir 2,000


Berdasarkan kiraan awal, PAS yakin akan menang dengan majoriti besar, bodoh-bodoh pun di atas 2,000 undi.

Dengan syarat, peratusan keluar mengundi dapat dikurangkan kepada 65%.

Keyakinan ini berdasarkan bacaan sokongan yang menunjukkan peningkatan positif pengundi di sini ke atas calon PAS, Wan Rosdi.  Walaupun diakui Wan Rosdi tidak berpelajaran tinggi tapi pengundi di Pangkalan Kubor yang rata-rata sekolah pondok ini, tidak perlu orang berpelajaran tinggi sebagai pemimpin mereka.

Untuk memastikan peratusan keluar mengundi rendah, jentera PAS telah 'menyesakkan' jalan keluar di kawasan BN kuat supaya pengundi membatalkan hasrat mereka keluar mengundi.  Ini mudah dilakukan kerana kebanyakan jalan disini hanyalah satu hala.



Kadang-kadang di beberapa kawasan, itulah jalan keluar dan masuk, kalau berselisih, salah satu perlu himpit ke tepi.

PAS juga telah berjaya membawa ramai pengundi Pangkalan Kubor yang menetap di Thailand untuk pulang mengundi dalam pilihanraya kecil kali ini.  Mereka inilah nanti yang akan menjamin kemenangan Pakatan Rakyat kalau persaingan di kalangan pengundi tempatan begitu dekat.

UMNO, walaupun mempunyai sokongan besar dari pengundi siam, tapi hanya terhad kepada yang menetap di kawasan Pangkalan Kubor sahaja, yang menetap di luar, majoritinya adalah pengundi tegar PAS.

Sebab itulah isu pengundi hantu tidak begitu dimainkan PAS dalam kempen PRK di Pangkalan Kubor walaupun kalau nak diikutkan, ia patut dimainkan kerana Pangkalan Kubor betul-betul bersempadan dengan Thailand.

No comments: