Saturday, September 20, 2014

PR Akan Hantar Makanan Tambahan Kepada Adam Adli Di Penjara


Pakatan Rakyat seharusnya berasa kasihan dan simpati dengan nasib menimpa bekas pemimpin pelajar pro pembangkang, Adam Adli Abdul Halim yang dipenjarakan selama 12 bulan kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan dalam satu rapat umum anjuran Pakatan Rakyat, Mei tahun lepas.

Walaupun Pakatan Rakyat telah berusaha memberi bantuan dengan menyediakan khidmat guaman percuma dan lain-lain keperluan, tapi itu sahaja belum cukup untuk melepaskan Adam Adli dari pertuduhan tersebut.

Oleh yang demikian, beberapa orang sukarelawan Pakatan Rakyat bersedia untuk menghantar makanan tambahan ke penjara dimana Adam Adli akan ditahan pada setiap hari sehingga dia dibebaskan nanti.


Makanan penjara ini kita tahu sajalah, bukan sedap mana pun.  Kadang kala, tak layak dipanggil makanan pun.

Inilah saja caranya Pakatan Rakyat membalas pengorbanan Adam Adli yang dipenjarakan kerana ucapan dalam rapat umum anjuran Pakatan Rakyat.  Dengan cara itu, diharap Adam Adli tabah dalam menghadapi perjalanan hidup sepanjang di tahan di penjara nanti.

Lagipun penjara memang permulaan kepada karier yang cemerlang untuk kebanyakan pimpinan Pakatan Rakyat.  Haji Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Salehudin Ayub, Mahfuz Omar, Teresa Kok malah Datuk Seri Anwar Ibrahim pun, semua mereka ini pernah bergelar sebagai banduan sebelum mencapai kejayaan lebih besar dalam politik.

Adam Adli juga diharapkan begitu, satu hari nanti menjadi pemimpin politik yang berjaya selepas bergelar banduan.

1 comment:

Anonymous said...

Jadi Kebanyakan pemimpin PR ni Banduan la ye.... :v