Saturday, September 20, 2014

Boleh tegur tapi jangan hina


  • Mokhtar membahaskan ucapan dasar presiden, semalam. - FOTO : ROSLI TALIBMokhtar membahaskan ucapan dasar presiden, semalam. - FOTO : ROSLI TALIB
 1 / 1 
BATU PAHAT - Ulama Pas melahirkan kekesalan apabila terdapat segelintir ahli parti yang menghina golongan tersebut.

Perwakilan dari Dewan Ulama Pas Pusat, Mokthar Senik berkata, golongan ulama terbuka menerima teguran tetapi bukan dengan cara menghina.

“Sejak akhir-akhir ini, banyak kritikan dilontarkan kepada ulama. Dalam ucapan perwakilan ulama diangkat kemudian dipukul, sikap apa ini?


“Ulama bukan maksum, tapi tegurlah dengan baik, bukannya (cara) menghina,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden di Muktamar Pas ke -60, di sini, semalam.

Katanya, tanggapan golongan ulama tidak boleh ditegur adalah salah dan perlu diperbetulkan.

“Jika ulama senyap kami dikatakan jumud dan apabila beri pandangan dilabel sebagai tidak sabar. Ini persepsi yang kita kena betulkan.

“Malah, ada yang cakap ulama tidak pernah turun padang. Saya nak beritahu, ulama bukan setakat turun padang, kita turun ke kubur, demonstrasi dan mahkamah untuk beri sokongan parti,” katanya.

Beliau turut menggesa ahli parti menjadikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh pemimpin ulama yang perlu dicontohi.

“Kalau Pas tidak sokong kepimpinan ulama, siapa lagi nak sokong? Jangan hanya asyik cari serpihan kelemahan ulama untuk ditonjolkan pada khalayak, " katanya.

No comments: