Pages

Friday, July 25, 2014

Wan Azizah Pemimpin Terbaik Dunia


Sebetulnya, tindakan mencalonkan PKR mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor ini, adalah satu 'penghinaan' dalam erti kata yang sebenar.

Jawatan Menteri Besar ini sebetulnya terlalu kecil untuk Wan Azizah, beliau sebenarnya layak menjadi Perdana Menteri wanita pertama negara ini pun kerana kebolehannya diakui melampaui mana-mana pemimpin BN yang ada sekarang - baik jantan mahupun betina.

Sememangnya beliau dipersediakan untuk jawatan itu kerana ramai yakin, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipenjarakan atas dakwaan palsu meliwat Saiful Bukhari secara paksa bila banyak bukti menunjukkan kejadian itu berlaku secara sukarela.

Tidak ada siapa yang lebih layak mengisi kekosongan sementara menunggu Anwar dibebaskan, selain dari Wan Azizah.

Pencapaian dan pengalaman Wan Azizah sehingga boleh dinobatkan sebagai pemimpin wanita yang bertaraf dunia ini, sebenarnya sudah tidak perlu diperkatakan lagi kerana terlalu banyak.  

Melihat suaminya beberapa kali menguruskan negara sebagai pemangku ketua kerajaan ketika ketiadaan Perdana Menteri dahulu sendiri sudah jadi satu pengalaman yang terlalu berharga dan tidak dimiliki oleh semua orang.

Selain itu, mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu bahawa Wan Azizah adalah satu-satunya presiden parti politik yang masih kekal dengan jawatan itu sejak mula ditubuhkan!!!

Cuba namakan mana-mana pemimpin politik dunia (lelaki atau perempuan) yang masih menjadi Presiden parti sejak mula ditubuhkan, ada?

Tak payah jawab, aku berani katakan disini, tidak ada, hanya Wan Azizah seorang.

Itu sahaja merupakan satu penanda aras kukuh bagi menggambarkan pencapaian luar biasa Wan Azizah sebagai genius politik di negara ini.  Bukan mudah nak memimpin sebuah parti baru dari hanya ada beberapa kerusi parlimen dan DUN pada 1999, sehingga mampu mentadbir sebuah kerajaan negeri.

Malah, PKR juga menjadi pemangkin kepada tertubuhnya Pakatan Rakyat yang antara lain menggabungkan PAS dan DAP - dua parti yang asalnya berseteru serta telah wujud berpuluh-puluh tahun lebih awal dari PKR.

Ini juga satu kejayaan kerana dengan terhasilnya Pakatan Rakyat, PAS mampu kekal di Kelantan sehingga sekarang dan Penang dapat ditadbir DAP sejak 2008.

Walaupun pencapaian itu mungkin banyak dikaitkan dengan Anwar, tapi yang penting apa pun yang berlaku kedudukan Wan Azizah hampir tidak boleh dicabar dalam PKR.


No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab