Pages

Monday, August 11, 2014

Gagal Sukan Komanwel, KJ Letak Jawatan Melalui Twitter Rabu Ini?

Menteri Belia & Sukan UMNO, Khairy Jamaludin dikatakan akan menyerahkan surat perletakannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari Rabu depan.

Surat berkenaan akan dihantar melalui Twitter kerana Najib khabarnya sekarang sedang bercuti bagi melegakan tekanan atas pelbagai perkara yang berlaku seperti insiden MH17, krisis Menteri Besar Selangor dan sebagainya.

Lagipun banyak pihak mahu KJ letak jawatan selepas kegagalan di Glasgow kerana dia adalah antara Menteri paling cakap banyak pasal prestasi kementerian lain.  Rupa-rupanya, kementerian yang dia jaga pun lebih kurang sama teruk juga.

Inilah Menteri UMNO kalau rakyat nak tahu.  

Apa sangatlah kerja jaga bidang sukan ini pun, kecil sangat dan hampir tidak ada peranan, tapi itupun masih gagal juga walaupun KJ ini kononnya hebat antara terhebat di kalangan Menteri sedia ada.  

Dengan kelulusan luar negerinya, umur bawah 40 tahun, status sebagai menantu bekas Perdana Menteri dan sebagainya. semua orang ingat KJ adalah baka berbeza dan boleh menghasilkan sesuatu yang luar biasa untuk sukan Malaysia.

Rupa-rupanya tak kemana juga pun, malah lebih teruk lagi.

Mungkin ramai tak tahu, target 7 emas yang KJ letakkan untuk semua atlit capai di Sukan Komanwel Glasgow ini adalah target emas yang sudah dikurangkan, berbanding  10 emas pada tahun 2010.

Patutnya kalau hebat sangat, target emas semakin tinggilah, bukan semakin kurang dari temasya sebelumnya.   Itupun, tak capai juga walaupun dah dikurangkan.  Baru banding target, belum banding pencapaian lagi.

Tahun 2010 di Sukan Komanwel India, Malaysia bawa balik 12 emas melebihi sasaran 10 emas.  KJ yang dikatakan orang segala macam bijak hari ini ni, hanya mampu bawa 6 emas, kurang separuh berbanding pencapaian 4 tahun dulu.

Pencapaian kurang separuh, target tak capai, apa hebatnya macam ini?

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab