Semalam bersungguh-sungguh ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail umum kesetiannya hanya pada Pakatan Rakyat, bukan Khalid Ibrahim.
Hari ini, maklumat mengatakan Rodziah masih belum mengemukakan surat perletakkan jawatan walaupun semalam berjanji akan melakukannya secepat mungkin hari ini, first thing in the morning katanya.
Tapi menurut sumber dalaman Pakatan Rakyat di SUK Selangor, sehingga ke saat ini, Rodziah masih belum mengemukakan sebarang surat perletakkan jawatan seperti yang dijanjikan semalam, sebaliknya hanya mengulangi pendiriannya untuk akur dengan kehendak PKR menolak kepimpinan Khalid.
Oleh yang demikian, sehingga Rodziah mengemukakan surat perletakkan jawatan tersebut, aku mengesyorkan kepada pimpinan PKR agar tidak mempercayai sangat dia ni. Kita bimbang pada saat-saat akhir, akan ada perubahan lagi.
Sudahlah keengganan Khalid melepaskan jawatan dan keengganan PAS menyokong keputusan PKR untuk menggantikan Khalid dilihat rakyat sebagai tanda kelemahan Pakatan Rakyat di Selangor.
Kalau ditambah dengan flip flop Rodziah di saat saat akhir, adakah lagi mana-mana rakyat Malaysia ini nak mengundi PKR dalam PRU yang akan datang?
Maka itu berhati-hatilah.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab