Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat sedang uzur sekarang ini, semua orang tahu itu. Antara sebab kenapa dia tidak diperkenan Istana untuk meneruskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan dulu adalah kerana keadaan kesihatannya yang teruk (tapi masih ada hati nak jadi Menteri Besar).
Jadi dengan keadaan itu, ramailah yang hairannya bagaimana Nik Aziz mampu mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS kelmarin selama 2 jam bagi membincangkan kedududukan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor?
Bercakap 15 minit pun menggigil, nak pengerusikan mesyuarat 2 jam lagi? Jadi persoalannya sekarang, siapa atau 'apa' yang pengerusikan mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS kelmarin?
Sumber PKR dalam PAS memaklumkan, ada besar kemungkinan bukan Nik Aziz yang hadir dalam mesyuarat tersebut, sebaliknya jin belaannya yang dikenali di kalangan orang Melayu sebagai 'hantu raya'.
Menurut kisahnya, hantu raya memang boleh menyerupai tuannya. Dulu-dulu, jin jenis ini popular dikalangan orang Melayu kerana boleh digunakan untuk menjaga harta dalam rumah dan hasil tanaman dari dicuri orang atau dirosakkan binatang liar.
Dikatakan bila tuannya mati, jin itu akan kekal dalam badan tuannya kalau tidak ada yang nak mewarisi ilmu tersebut..
Aku tak pasti sejauh mana dakwaan ini benar, tapi kisah jin dan hantu dalam sejarah Islam bukan cerita baru. Ikut dongeng dulu-dulu ada seorang Nabi dalam Islam, Nabi Sulaiman (King Solomon) dikatakan mempunyai kekuasaan ke atas binatang dan jin dan boleh memerintah mereka untuk buat apa sahaja.
Kebetulan, Nik Aziz pun adalah seorang yang sangat berpengaruh dalam PAS. Dikatakan kalau dia tak ada, Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 itu pun boleh tumbang. Jadi kalau ada yang memasukkan hantu raya dalam badan Nik Aziz supaya dia 'kelihatan hidup' sepanjang masa, aku tak berapa nak hairan.
Apa sekalipun, hantu raya atau tidak, yang penting, apa jua keputusan Nik Aziz pada tahap sekarang, tidak boleh diguna pakai. Sudah tentu dalam keadaan segala-galanya lemah dan tidak berfungsi seperti biasa. mental Nik Aziz tidak cukup kuat untuk membuat keputusan yang wajar.
Tak hairanlah kenapa hanya PAS sahaja yang mahu Khalid kekal sedangkan 2 lagi komponen Pakatan Rakyat, DAP dan PKR mahu Khalid berundur.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab