Tindakan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim menyaman portal The Malaysian Insider yang pro Pakatan Rakyat, membuktikan dia adalah seorang yang anti kebebasan media, setaraf dengan parti lamanya UMNO.
Kebetulan atau tidak, sebelum inipun Presiden UMNO, Najib Tun Razak turut menyaman portal Malaysiakini kerana penerbitan 2 artikel yang didakwa memfitnahnya.
Secara tidak langsung membuktikan, wujud persamaan dan kerjasama antara Najib dan Khalid dalam soal menekan kebebasan media di negara ini, silap-silap, kerjasama yang serupa wujud dalam krisis Menteri Besar Selangor yang sedang berlangsung sekarang.
Maka itu, keputusan PKR untuk menyingkirkannya sebagai Menteri Besar Selangor tidak salah kerana tindakan saman ini membuktikan Khalid tidak layak bergelar Ahli Parlimen atau ADUN Pakatan Rakyat kerana tidak berpegang kepada prinsip perjuangan paling utama ini.
Antara lain prinsip perjuangan Pakatan Rakyat menekankan kebebasan media dan hak bersuara lebih baik berbanding BN.
Sebab itulah pemimpin Pakatan Rakyat tidaklah sekeji ini dengan mengambil tindakan undang-undang ke atas media atau individu, hanya kerana mereka menggunakan hak kebebasan bersuara.
Tidak kiralah sehebat manapun media atau individu terbabit mengeji pimpinan Pakatan Rakyat, itu dianggap sebagai sebahagian hak kebebasan bersuara mereka.
Jangan lupa, kita juga ada hak yang sama untuk menjawab fitnah dan kejian yang dilemparkan, walaupun agak terbatas berbanding BN yang menguasai hampir kesemua media arus perdana seperti TV, radio dan suratkhabar.
Khalid jika berani, jawablah segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya, bukan dengan mengambil jalan mudah menyaman. Saman ni kerja senang, asal ada duit, sesiapa pun layak untuk disaman, tapi isu sebenarnya selesai atau tidak?
2 comments:
Kah33x ...anwar xsaman orang ke????
Tk fhamlh. Bla kne sman, d ktakn menyekat kbebasn brsuara, tpi bla mnyaman, d ktakn menegakkn kbnarn. Pening3
Post a Comment