Pages

Tuesday, August 19, 2014

Siapa calon Mahathir ganti Najib?


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat deklarasi yang beliau menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk terus memimpin negara ini. 

"Sesungguhnya Dr Mahathir sudah terlewat untuk bercakap kerana nasi sudah menjadi bubur. Sekarang kita rakyat biasa makan bubur sahaja kerana bubur tidak boleh dijadikan nasi," tulis Aspan Alias di dalamblognya, semalam.

Tambahnya, Mahathir mengakui yang Najib lebih burukperformancesnya daripada Tun Abdullah Badawi yang beliau pilih untuk menggantikan beliau yang akhirnya beliau kritik dan tumbangkan itu.

Mahathir berkata Najib terlalu tunduk kepada tuntutan musuh-musuh yang hendak mengorbankan Umno dan BN. Najib, katanya sungguh lemah dan tidak dapat mencari formula untuk menjadi PM yang baik.

Bagi Aspan, untuk memilih gantian dengan cadangan Mahathir pun bahaya juga, kerana semua pilihannya tidak pernah betul seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim.

Sesudah itu, katanya Abdullah Badawi menjadi ‘pelapik’ Mahathir dan akhirnya pelapik ini juga menjadi sasaran beliau dan akhirnya pelapiknya itu berhenti dan bersara. 

"Selepas Abdullah, beliau gunakan Muhyiddin untuk menaikkan Najib sehinggakan Muhyiddin berani untuk bersikap kurang ajar kepada Abdullah. Maka Najib jadilah Perdana Menteri," tambahnya.

Sekarang, katanya baru Mahathir sedar Najib lagi tidak berguna kepadanya dan juga kepada negara. 

"Beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib, tetapi jika kali ini kita mendengar cadangan siapa yang akan beliau mahukan untuk mengganti Najib, rakyat mesti berfikir ratusan kali kerana mengikut apa yang kita alami dengan pilihan Dr Mahathir, siapa yang menjadi pilihan beliau akan menjadi pemimpin yang tidak berguna lagi," ujarnya lagi.

Pendeknya, tambah beliau siapa yang ditunjuk oleh Mahathir sudah pasti pilihan yang salah. 

"Itulah formula penting dalam pemilihan siapa yang hendak menggantikan Najib," tulis Aspan selanjutnya. - HARAKAHDAILY 19/8/2014

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab