Aku pening, semua orang pening, mana satu sebenarnya keputusan PAS kalau ADUN mereka dilantik menjadi Menteri Besar Selangor Selasa depan.
Ikut Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) kata akan tolak, Mustafa Ali kata akan terima apa sahaja keputusan Istana sementara Tuan Ibrahim Tuan Man kata akan bincang dengan komponen Pakatan Rakyat yang lain, betulnya mana satu pendirian PAS?
Bila di desak supaya perkara itu (PAS menolak jawatan Menteri Besar) dijadikan usul dalam Muktamar, masih tidak ada berita sehingga sekarang, tak tahu nak berjalan atau tidaknya sedangkan Muktamar akan berakhir esok.
Kita taknak diakhirnya nampak PAS depan orang bercakap lain, belakang, dia buat kira lain. Kalau itu berlaku, itu satu pengkhianatan namanya.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab