KLANG - Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad menyifatkan pelantikan beliau sebagai Exco Kerajaan Selangor merupakan satu tanggungjawab berat.
Bagaimanapun, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ini berkata, tanggungjawab itu akan digalas dengan sebaik mungkin.
“Tanggungjawab yang berat. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh menteri besar (Mohamed Azmin Ali) dan PKR. Harap dapat galas (tanggungjawab) sebaik mungkin,” katanya selepas majlis angkat sumpah bagi jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang baharu, di Istana Alam Shah, semalam.
Berikutan pelantikan jawatan Exco itu, Nik Nazmi meletakkan jawatan sebagai Timbalan Speaker Dun Selangor.
Sementara itu, Exco baru dilantik, Adun Templer, Zaidy Abdul Talib dari Pas berkata, beliau bersyukur dan akan memberi sepenuh tumpuan dan perhatian untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat tanpa mengira latar belakang parti.
"Kemelut yang lepas kita tinggalkan. Asalnya pun sebab berkaitan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetapi sekarang Abdul Khalid dah pun letak jawatan dan kita ada menteri besar dan Exco baharu.
“Paling penting sekarang adalah rakyat, jadi kita kena fokuskan kepada perkhidmatan kepada rakyat,” katanya.
Sementara itu, Exco dari DAP, Datuk Teng Chang Khim berkata, beliau akan menunggu arahan daripada menteri besar mengenai tugas yang bakal dipikulnya nanti.
Adun Sungai Pinang itu berkata, portfolio yang bakal dipertanggungjawabkan kepadanya masih belum dimuktamadkan kerana belum ada perbincangan.
“Saya belum dimaklumkan lagi kerana belum ada perbincangan. Perbincangan akan dibuat selepas ini apabila semua Exco sudah angkat sumpah, " katanya.

No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab