Pages

Wednesday, September 24, 2014

Pangkalan Kubor: BN Akan Hancur Kerana Risalah Buruk Nik Aziz


Penyebaran risalah di atas yang jelas menghina bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Pangkalan Kubor, benar-benar satu kesilapan besar dilakukan jentera BN - jika benar merekalah dalangnya.

Walaupun Nik Aziz telah bersara sebagai Menteri Besar Kelantan akibat masalah kesihatan dan keuzuran, tapi pengaruhnya di negeri tersebut, perlu diakui masih kuat. Seperti mana Mahathir masih berpengaruh dalam UMNO selepas bersara, begitulah Nik Aziz dalam PAS dan Kelantan.

Menghina beliau seperti ini jelas tidak boleh diterima oleh sesiapa pun di negeri itu, termasuk pengundi Pangkalan Kubor.

Pakatan Rakyat buat masa ini memang tidak ada sebarang bukti kukuh yang mengatakan risalah berkenaan disebarkan oleh jentera kempen BN, dokumen berkenaan juga tidak mempunyai lambang BN, hanya berlatar belakangkan biru sahaja.

Tapi dalam hal ini, bukti bukanlah penting sangat, yang penting siapa yang dapat keuntungan dari penyebaran risalah tersebut.

Selain membangkitkan kemarahan rakyat terhadap BN kerana menghina Nik Aziz ke tahap itu, tidak ada kepentingan lain untuk Pakatan Rakyat menyebarkan risalah seperti itu di Pangkalan Kubor.

Maka itu kalau tuduh risalah ini sebahagian dari operasi gelap Pakatan Rakyat untuk mengenakan UMNO, apa untung yang kita dapat?  Tidak ada.

Jika BN benar terlibat pun, kita yakin orang yang terlibat membuat risalah ini bukanlah datang dari Kelantan kerana orang disini tahu sensitiviti dan hormat rakyat Kelantan (tidak kira latar belakang politik macam mana) terhadap Nik Aziz.

Apa pun, memandangkan laporan polis telah pun dibuat, kita menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk membuat siasatan yang sewajarnya.

1 comment:

  1. Ini semua kerja puak-puak PAS untuk menjatuhkan undi di pihak UMNO. Anda tak percaya? Kalau dahulu semasa TGNA menjadi MB memang cukup tarbiahnya untuk rakyat Kelantan tetapi kini tidak lagi di bawah Mohd Yakoob dan Nik Amar yang dilihat cukup mengamalkan "politik ekstremis" yang boleh menghalalkan apa sahaja demi nak menjaga maruah kemenangan. Tidak sebodoh itu pihak UMNO nak menjatuhkan diri mereka sendiri. Kalau dalam muktamar pun PAS boleh mengutuk dan membaca doa laknat untuk parti sendiri, mengapa tidak boleh dilakukan kepada parti lawan? PAS sudah menggantikan UMNO.

    ReplyDelete

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab