Pages

Saturday, September 20, 2014

Pernah Bercerai, Mat Razi Tak Layak Jadi Wakil Rakyat


Rakyat Kelantan umumnya diakui memang biasa dalam soal cerai berai ini.  Sebagai negeri dimana 3 suku golongan dewasanya merantau ke negeri orang saban tahun untuk bekerja, meninggalkan isteri atau suami dan bersempadan pula dengan Thailand, maka tidak hairanlah kenapa cerai berai ini menjadi soal biasa.

Bagaimanapun, calon wakil rakyat yang bercerai berai, itu tak boleh diterima.  Sebab ia ada kaitan dengan keupayaan memimpin, kalau keluarga sendiri pun tak boleh nak pimpin, nak jaga rakyat macam mana?

Oleh yang demikian, calon BN dalam PRK Pangkalan Kubor ini, Mat Razi Mat Ail, tidak layak sama sekali dipilih menjadi wakil rakyat pada 25 September yang akan datang kerana dia pernah menceraikan isteri kedua yang dikenali sebagai Nora.

Sebab Mat Razi pernah menceraikan Nora, automatik dia tidak layak untuk menjadi wakil rakyat di Pangkalan Kubor.  Lebih bagus lebih molek pilih calon PAS, Wan Rosdi kerana Wan Rosdi menjadi duda hari ini bukan kerana bercerai, tapi kerana kematian isteri.

Penceraian yang dulu itu bukan satu-satunya masalah Mat Razi.  Dia juga dikhabarkan menghadapi masalah dengan isterinya sekarang.  Seperti dijelaskan sebelum ini, isteri Mat Razi jarang atau tidak pernah kelihatan dalam kempennya walaupun sekarang ini cuti sekolah (isteri Mat Razi ialah seorang guru).

Nanti kalau jadi wakil rakyat, pendapatan dah meningkat, projek pun lebat, mata mula rambang tengok perempuan dan nikah cerai ini akan berlaku semula - kalau tak dengan isteri baru, dengan isteri lama.

Ini masalah dan sebab itulah jangan dipilih dia.

2 comments:

  1. Alasan tak berapa cerdik la.. byk MP pas cerai, kawen 2, 3 rilek je

    ReplyDelete
  2. ni terlebih pandai ni

    ReplyDelete

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab