Separuh orang kata cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, agar pihak polis bersilat bila berhadapan dengan penjenayah yang menggunakan parang, adalah cadangan bodoh dan tidak masuk akal.
Kata mereka Hadi komen tak pakai otak, mentang-mentanglah yang akan bergadai nyawa orang lain (polis), yang dia tukang bagi cadangan saja, senanglah cakap.
Tapi inilah masalah dengan orang Malaysia kita ni, cepat sangat nak membodohkan cadangan orang lain, tanpa terlebih dahulu menilai buruk baiknya. Asal pembangkang bagi cadangan, bodoh, apa cadangan UMNO semua baik sangat ke?
Cubalah jalan otak sikit, kan elok cadangan Hadi tu. Selain kurang berisiko, polis pun dapat tingkatkan kemahiran mempertahankan diri tanpa senjata dalam masa yang sama.
Guna senjata api untuk tumpaskan penjenayah ini banyak risikonya. Bukan sahaja kepada penjenayah terbabit, tapi juga pada orang awam yang lalu lalang di kawasan sekitat. Dibuatnya peluru melantun kena pada orang awam macam mana?
Jadi lebih baik dengan menggunakan teknik mempertahankan diri dalam silat. Kerajaan boleh jimat banyak wang, dari tak payah membeli senjata, sehingga kepada membeli peluru dan sebagainya. Mungkin kos yang sedikit naik ialah dari segi membayar lebih ramai jurulatih silat untuk melatih anggota polis.
Yang mana tidak begitu membebankan kerajaan kerana sekarang pun aku difahamkan polis memang sedia di ajar bersilat, cuma tidak begitu intensif kerana pergantungan kepada senjata api.
Lagipun seperti yang disebutkan Hadi, cadangan itu hanya terhad kepada penjenayah yang bersenjatakan parang sahaja. Kalau bersenjatakan pistol, ya aku setuju cadangan itu tidak masuk akal sama sekali.
Hadi sudah lama dalam politik, mustahil dia akan bagi cadangan yang tidak masuk akal. Polis yang sebenarnya malas nak buat kerja susah dengan berlatih bersilat untuk menghadapi penjenayah.
Silat ini kita semua tahu, bukan boleh mahir sebulan dua, tapi makan masa yang sangat lama. Kemudian perlu berlatih selalu supaya mahir dan tidak lupa dengan teknik yang telah diajar.
Mana terdaya badan, tekan picu pistol lagi senang - itulah alasan utamanya agak akulah.
Aku rasa sudah-sudahla polis menembak mati penjenayah ni. Ramai terkorban dah dihujung muncung polis kebelakangan ini, tapi nampaknya jenayah masih berlaku juga - walaupun aku akui ada sedikit menunjukkan penurunan sejak polis mula bertindak agresif.
Agresif atau tidak bukan isunya disini, isunya ialah bagaimana nak memastikan keselamatan semua pihak, penjenyah, polis dan orang awam kalau senjata api digunakan untuk menangani jenayah yang kurang bahaya seperti penggunaan parang itu tadi.
Itulah maksud cadangan Hadi dan kerajaan harus bagi pertimbangan serius ke atas cadangan ini. Kenapa tidak kalau untuk kebaikan semua pihak?
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab