Pages

Friday, October 11, 2013

Pesawat Terhempas Kerana Malaysia Tiada Menteri Pengangkutan

Malaysia ini sepanjang yang aku ingat, jarang berlaku pesawat awam terhempas, apatah lagi sehingga mengorbankan nyawa penumpang.  Adalah beberapa kejadian pesawat tergelincir, tapi itu tidak sampai mengorbankan nyawa sesiapa.

Kalau tak salah, nahas membabitkan pesawat penumpang kali terakhir berlaku akhir 70-an dulu bila sebuah pesawat MAS terhempas di kawasan Tanjung Kupang, Johor kerana katanya di tawan pengganas pada ketika itu.

Betul ke tidak cek sendirilah di Google, tapi aku yakin ada pasal pernah terbaca di mana entah pasal isu ni dulu.

Apa pun, semalam berlaku lagi kejadian pesawat MAS terhempas, kali ni di Kudat, Sabah sehingga mengorbankan 2 nyawa setakat ini artikel ini ditulis, seterusnya mencetus persoalan, selamatkah lagi pengangkutan udara di negara kita?

Walaupun yang terlibat ialah pesawat anak syarikat MAS, MAS Wing, tapi ia masih lagi mencemarkan imej kerajaan yang juga pemegang saham terbesar dalam MAS melalui Khazanah Holding.  Selain rekod baik MAS sebagai antara penyedia perkhidmatan pengangkutan udara yang terkemuka di negara kita, turut tercemar.

Persoalan yang perlu UMNO jawab ialah bagaimana kejadian ini boleh berlaku?  

Pada Pakatan Rakyat, penyumbang utama kemalangan ini sudah tentulah kerana Malaysia tidak mempunyai Menteri Pengangkutan, malah negara kita mungkin satu-satunya dalam dunia yang tidak mempunyai Menteri Pengangkutan.

Memang bukan Menteri yang pandu pesawat terhempas itu, tapi ini bercakap dari segi tanggungjawab dan bagaimana sistem berjalan.  

Seorang Menteri penuh patut selia operasi penerbangan ini serta sistem pengangkutan lain dalam negara kita, dan kegagalan menamakan seorang dari kalangan wakil rakyat sedia ada sebagai Menteri Pengangkutan, telah menyebabkan insiden ini berlaku.

Pemangku Menteri Pengangkutan sekarang, Datuk Seri Hishamudin Tun Hussin tidak boleh dikira kerana dia bukanlah Menteri bertanggungjawab yang sebenar tapi Menteri Pertahanan, dia buat kerja itu separuh masa sahaja.

Dan separuh hati juga.

Tapi kalau nak kaitkan dengan Hishamuddin pun boleh juga kerana Hishamuddin memang ada sejarah yang tidak baik bila mengetuai Kementerian.  Umum tahu, tak satu pun Kementerian yang pernah diketuai Hishamuddin ini yang menjadi, semuanya mesti ada hal-hal yang tersendiri.

Masa pegang portfolio Dalam Negeri, jenayah tembak di jalan berlaku secara berleluasa, pencerobohan Tentera Diraja Sulu dan sekarang pangku (baru pangku) jawatan Menteri Pengangkutan tak sampai beberapa bulan pun, dah ada kapal terbang awam yang terhempas.

Apa pun, keluarga 2 mangsa yang terlibat ini patut ambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Malaysia (selain MAS), atas kegagalan menamakan seorang Menteri bagi mengawal selia sistem pengangkutan (termasuk pengangkutan udara) di negara kita.

Atau apa tindakan lain yang sesuai, tapi paling penting kerajaan tidak boleh dibiarkan lepas tangan begitu saja.  Perlu ada tindakan susulan.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab