Pages

Thursday, October 17, 2013

Kalimah Allah Pada Baju Adalah Satu Penghinaan

Aku sebetulnya tak faham.  Tak faham dari segi bagaimana dikatakan pihak-pihak yang membantah penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja ini, memuliakan kalimah tersebut?

Kalau kalimah itu ditulis pada baju, kemudian bawa berpeluh-peluh dalam padang seperti yang dibuat Mat Yo dalam perlawanan dengan Bahrain tempoh hari, atau bodoh-bodoh yang berkumpul depan Mahkamah hari Isnin lepas, kata memuliakan macam mana?

Sementara Pakatan Rakyat sokong supaya kalimah Allah ini ditulis dalam majalah mingguan The Herald dan kitab Bible bahasa Melayu, itu baru betul memuliakan kalimah tersebut.  

Boleh pula Pakatan Rakyat yang mahu letak kalimah tersebut pada tempat yang betul dikatakan jahat, sedangkan yang tulis pada baju (mandi dengan peluh busuk) itu dikata memuliakan kalimah itu?

Gila punya pandangan.

Sebab itu kalau kita lihat Isnin lepas, aku dapat lihat tidak ada (atau tidak ramai) penyokong gereja yang hadir ke Mahkamah bagi menyatakan sokongan agar kalimah Allah ini digunakan dalam The Herald dan penerbitan lain seperti kitab Bible berbahasa Melayu.

Jangan salah faham, bukan Al Kitab.  Al Kitab adalah kitab Bible bahasa Indonesia.  Kalau keputusan Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 dikekalkan Mahkamah Rayuan Isnin lepas, kitab Bible menggunakan 100% bahasa Melayu, akan dikeluarkan untuk edaran awam.

Nampaknya orang Islam di negara ini lebih rela kalimah Allah dihinakan begitu rupa; ditulis dan diletak pada tempat yang tidak sepatutnya, kemudian dakwa mereka memuliakan kalimah tersebut dan tidak mahu pihak Gereja menggunakannya.

Yang Mahkamah pulak satu bodoh, ikut sangat cakap puak radikal Islam dalam negara ini, kononnya alasan nak elak berlaku ancaman keselamatan.  Itu pandangan bodoh, Gereja dah lama guna kalimah Allah dalam The Herald, apa kekacauan yang timbul disebabkan perkara itu?

Nil (kosong).  Tidak ada apa yang berlaku.


Sepatutnya pihak Gereja masukkan isu ini (guna kalimah Allah pada baju) dalam rayuan yang nak dibuat di peringkat Mahkamah Persekutuan nanti.

Hakikat yang sebenarnya pihak gerejalah yang nak memuliakan kalimah Allah ini dengan meletakkannya di tempat yang betul, bukan orang Islam.

Kita berdoalah dengan menggunakan logik tersebut, Mahkamah akan terbuka hati untuk membenarkan pihak Gereja menggunakan kalimah tersebut akhirnya.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab