Latheefa Koya yang aku kenal adalah seorang peguam terkenal berfahaman liberal yang juga Pengarah Biro Guaman paling berjaya dalam sejarah 14 tahun penubuhan parti tersebut.
Ramai dah Pengarah Biro Guaman PKR sebelum beliau, tapi tiada yang sehebatnya. Mampu berhujah dengan siapa juga, dalam apa jua keadaan demi mempertahankan PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Kepetahan beliau menyebabkan ramai orang UMNO yang mahu lihat wanita peranakan Pakistan ini dipanah petir. Tapi itu tidak akan berlaku, hanya yang bodoh percaya petir boleh menyambar orang begitu saja, tanpa sebab kukuh yang mampu dijelaskan oleh sains.
Terbaru, dalam isu kalimah Allah, dimana Latheefa Koya 'kering' saja mempertahankan pihak Gereja dan Pakatan Rakyat, walaupun dalam masa sama ada ulama yang berhukum, mana-mana orang Islam yang menyokong Gereja dalam isu tersebut, boleh jatuh hukum murtad (keluar dari Islam)!!
Yang dimaksudkan sudah tentulah bekas Mufti Johor dan kini penasihat agama Johor, Noh Gadut.
Siapa Noh Gadut berbanding Latheefa Koya? Apakah Noh Gadut lebih tinggi ilmu agamanya dari Latheefa Koya?
Dari apa yang aku dimaklumkan, Noh Gadut hanya berpendidikan agama ke tahap 4 senawi saja (sekolah pondok) sebelum mendapatkan kelayakan khas untuk menjadi Mufti yang hanya boleh diperolehi dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
Kelayakan khas itu bukan Ijazah atau setaraf, malah ia tak tergolong dalam apa-apa kelayakan professional yang diiktiraf. Tapi ia begitu penting sekali, sehinggakan sesiapa yang tidak memiliki kelayakan tersebut, tidak akan dipertimbangkan untuk menjadi mufti.
Walaupun janggut mencecah dada dan jubahnya menyapu lantai, tapi bottom linenya, hanya itu sahaja yang dimiliki Noh Gadut.
Berbanding dengan Latheefa yang memiliki kelayakan professional sebagai peguam (LLB dan CLP), justeru mengatasi Noh Gadut, termasuk dalam soal agama.
Kenyataan ini memang benar kerana yang mewakili kerajaan dalam isu kalimah Allah di Mahkamah Rayuan tempoh hari bukan ulama pun (atau bekas mufti), tapi peguam!! Ulama? Jadi saksi pun tidak layak, sebab itu tidak ada di kalangan golongan agama yang dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan mengenai isu ini pada 2009.
Sebetulnya tak berbaloi nak membandingkan kelayakan antara Latheefa Koya dan Noh Gadut kerana dipandang dari sudut mana sekalipun, sudah tentu Latheefa Koya jauh mendahului Noh Gadut.
Tapi kerana artikel ini bercakap tentang perbandingan mengenai kelayakan antara mereka berdua untuk menentukan siapa yang lebih berhak bercakap tentang agama (terutama isu kalimah Allah), maka perbandingan berat sebelah ini terpaksa juga dibuat, atau nanti orang tidak tahu perbezaannya.
Selain itu, aku juga difahamkan, kelayakan dalam bidang pendidikan agama yang dimiliki Noh Gadut, tidak membolehkannya untuk menjatuhkan hukum murtad ke atas sesiapa. Hanya ulama dari PAS seperti Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat (dan setaraf) sahaja yang memiliki kelebihan itu.
Oleh yang demikian, usahlah Noh Gadut nak memandai-mandai memurtadkan sesiapa dalam soal kalimah Allah ini kerana jelas disitu ilmunya belum cukup lagi. Benarlah apa yang disebutkan Latheefa Koya, hanya orang Islam bodoh dan kurang pengetahuan sahaja yang tidak menyokong penggunaan kalimah Allah di gereja ini.
Buat malu!!
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab