Thursday, October 17, 2013

PRK Sungai Limau: Mat Sabu Lebih Layak Dari 8 Calon Lain

UMNO Kedah dikhabar akan mengemukakan senarai pendek 4 nama calon (lebih satu dari senarai asal) untuk dipertimbangkan dalam pilihanraya kecil (PRK) Sungai Limau yang bakal berlangsung 4 November tahun depan.

Sementara PAS juga telah menyenarai pendek 8 CALON yang diyakini boleh meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Datuk Seri Diraja Azizan Razak sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut sejak 1995.

Aku tulis betul ke tidak?  Betullah, memang itu maklumat yang aku dapat, PAS setakat ini senaraikan 8 calon untuk diputuskan oleh Majlis Syura Ulama sebagai calon dalam PRK yang akan datang.

Dijangka pengumuman mengenainya akan dibuat dalam satu majlis yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabut) dan turut dihadiri Pesuruhjaya PAS Negeri merangkap Pengarah jentera pilihanraya kecil kali ini, Datuk Mahfuz Omar.

Jangan tanyalah kenapa senarai calon PAS ramai sangat, lebih setengah dari senarai pendek UMNO.  Itu cara mereka dan kita tidak semestinya terikat dengan cara UMNO.

Lagipun persaingan yang bakal berlaku di Sungai Limau ini dijangka sengit, dengan masing-masing ada agenda yang nak dipertahankan.  Di pihak UMNO, kemenangan ini sudah pasti penting untuk menjaga air muka Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang hampir pasti menang dalam persaingan Naib Presiden UMNO Ahad ini.

Malulah Naib Presiden UMNO baru tewas di gelanggang pertama PRK sebaik dilantik ke jawatan itu!!

Sementara PAS sudah pasti tidak mahu kawasan tradisinya terlepas ke tangan UMNO - kekalahan kali kedua berturut-turut selepas Kuala Besut.

Mahu tidak mahu, senarai pencalonan mesti teliti, kalau perlu 80 orang sekalipun, senaraikanlah semua sekali, janji menang.  Sudahlah Sungai Limau satu-satunya kerusi DUN yang kita menang dalam Parlimen Jerai, kalah yang ini, habis moral penyokong di seluruh negara.

Bukan setakat di Sungai Limau saja.

Cuma yang tidak sedap dengar, PAS terpaksa pertimbang 8 calon sebab nak menjaga hati 3 'warlord' di kawasan tersebut.  Siapakah Warlord itu aku tidak pasti, tapi itu saja menggambarkan ada perpecahan yang sedang berlaku.

Ini sudah tentu tidak baik dalam mempersediakan jentera pilihanraya yang mantap.  Maka itu sudah ramai mendesak agar Mat Sabu saja yang dicalonkan dalam pilihanraya kali ini.

Aku yakin Mat Sabu jauh lebih baik dari siapa pun 8 calon yang disenaraikan PAS negeri.  Mat Sabu pun bukan baru sebagai wakil rakyat, sejak 1990 hingga 2008, beliau dah jadi wakil rakyat di beberapa kerusi parlimen.  

Sekarang ini hanya beliau seorang saja pemimpin tinggi PAS yang tidak menjadi wakil rakyat.

Maka itu sewajarnyalah kerusi Sungai Limau ini diserahkan kepada beliau untuk bertanding.  Dengan populariti beliau sekarang dan kenaikan harga minyak baru-baru ini, UMNO boleh lupakan sajalah untuk rampas kerusi tersebut dari PAS.


No comments: