Pages

Wednesday, October 9, 2013

Wartawan Malaysia Memang Bodoh Macam Babi

Tindakan kurang ajar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang  menyergah seorang wartawan Malaysiakini kerana cuba mendapatkan jawapan berhubung pelbagai perkara berkaitan laporan Ketua Audit Negara, sepatutrnya dilihat sebagai menghalang kebebasan media untuk mendapatkan berita.

Sebaliknya orang-orang UMNO begitu menyanjung tinggi tindakan Zahid itu dan di akhirnya Zahid ternampak sebagai hero.

Itu tidak mengapalah, memang orang UMNO bodoh pun.
Tapi malangnya, dalam usaha mempertahankan tindakan Zahid, para blogger UMNO menjadikan ugutan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyaman wartawan yang cuba mendapatkan jawapan berhubung jam Omega sekitar tahun lepas sebagai senjata kenapa tindakan Zahid itu betul dan Pakatan Rakyat salah.

Apa kaitan antara 2 kes tersebut pun kita tidak pasti kerana yang nyata, kedua-dua situasi itu berbeza, selain Anwar pada waktu itu berada dalam keadaan tertekan lanjutan dari fitnah skandal seks yang dilemparkan blogger UMNO pada ketika itu, Papagomo.

Sedangkan Zahid dalam keadaan tertekan macam mana sehingga tergamak menyergah wartawan Malaysiakini tersebut?

Para wartawan yang cuba provokasi Anwar pada sidang media berkenaan pun kita tahu tidak beretika, dengan majoritinya dari portal Internet pro UMNO, wartawan spesis bodoh macam babilah senang kata.

Mereka ini bukan wartawan yang sebenar dan dengan itu tidak tertakluk kepada sebarang etika yang biasa diguna pakai oleh wartawan dari portal berita lebih berkaliber seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, Harakah Daily dan Suara Keadilan.

Sebab itu mereka patut dilayan dan diperlekehkan sebegitu rupa supaya sedar diri sikit.

Lagipun adakah Anwar dikahirnya benar-benar menyaman wartawan berkenaan?  Tidakkan, jadi apa isu yang besar sangat?  Sedangkan dalam kes Zahid ini, jelas divideokan disitu bahawa dia menyergah dan kemudian menepuk bahu wartawan berkenaan dengan kuat.

Nasib baik tidak patah bahu kawan tu.

Kalau aku ditempat wartawan terbabit, memang aku buat laporan polis kerana Zahid cuba mendatangkan kecederaan fizikal.

Apapun semua ini membayangkan bahawa Zahid dan UMNO memang tidak menghormati tugas wartawan dan kebebasan media.  

Benar, Pakatan Rakyat juga tidak 100% menyokong kebebasan media tapi keadaan ini hanya sementara waktu, setelah kita mengambil alih pentadbiran kerajaan persekutuan nanti, ada jaminan bahawa kebebasan media akan jauh lebih baik dari sekarang.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab