Sudah jelas sekarang bahawa semua kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS berhubung perlaksanaan hukum hudud ini, ada kena mengenai dengan pemilihan PAS yang bakal berlangsung pada 22 November ini di Stadium Melawati, Shah Alam.
Bukan betul-betul nak buat pun.
Tapi dalam keghairahan itu, aku lihat ada di antara pemimpin ini yang melampau batas bila bercakap mengenai undang-undang hudud dan perlaksanaannya di Malaysia.
Antara yang aku maksudkan ialah bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub dan bekas calon PAS bagi DUN Jabi, Dr Azman Ibrahim yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.
Salehudin dipetik sebagai berkata hudud di Kelantan adalah satu permulaan, sementara Dr. Azman pula mengesahkan bahawa hudud boleh dilaksanakan di Kelantan tanpa bantuan dari kerajaan persekutuan.
Banyak pihak tersentak dengan kedua-dua kenyataan ini kerana ia ibarat mengundang desakan yang lebih kuat dari orang Islam agar perlaksanan undang-undang hudud ini disegerakan, walhal isu itu tidak berbangkit sama sekali.
Lupakan kenyataan Salehudin kerana aku melihat kenyataan itu hanya bersifat umum.
Yang lebih bahaya ialah kenyataan Dr. Azman kerana dia seolah-olah dia menafikan pemahaman umum bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia selama ini kerana halangan dalam perlembagaan persekutuan dalam perkara "tidak ada undang-undang yang boleh mengatasi perlembagaan persekutuan".
Kenyataan Dr. Azman mengesahkan hudud boleh dilaksanakan, walaupun tanpa pindaan perlembagaan persekutuan.
Tak betul tu.
Janganlah cakap benda mengarut macam ini kerana kita semua tahu selagi kuasa Mahkamah Syariah di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak dipinda, selama itulah hudud tidak akan dilaksanakan di mana-mana bahagian dalam negara ini.
Nak meminda perlembagaan persekutuan memerlukan sokongan 2/3 dari ahli dewan. Dari mana PAS nak mendapatkan sokongan yang sebegitu besar macam ini bila parti tersebut hanya mempunyai 21 kerusi Parlimen sahaja?
DAP dan PKR sudah pasti tidak akan bersetuju kerana hudud sudah lapuk dan tidak boleh dilaksanakan di Malaysia.
Adakah melalui kerjasama dengan UMNO? Lagipun akhir-akhir ini nampak ada pihak dalam PAS yang mendesak pimpinan parti tersebut menggunakan khidmat Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa untuk menjadi orang tengah antara kerajaan negeri dan pusat dalam soal perlaksanaan hudud.
Semua ini, kalau tak ditangani dengan betul akan menukarkan polemik hudud ini dari sekadar bersifat sementara, kepada bersifat kekal.
Dah elok-elok Pakatan Rakyat mengaturkan supaya soal hudud ini tidak lagi dibincangkan setelah PAS menggugurkan hudud dari perjuangan mereka sejak 2009, sekarang isu ini jadi hangat semula.
Jalan terbaik ialah supaya semua pihak berhenti bercakap tentang hudud lagi. Aku rasa dalam jangka masa sekarang, setiap perwakilan sudah ada pilihan dalam kepala masing-masing pemimpin mana yang nak dipilih 22hb nanti.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab