Sumber dari Institut Jantung Negara (IJN) memaklumkan bahawa keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin buruk sejak mula dimasukkan ke pusat perubatan itu semalam.
Malam tadi khabarnya Mahathir mula meracau dalam tidur dan berita ini dimaklumkan sendiri oleh seorang kakitangan pusat tersebut kepada sumber yang kemudiannya memaklumkan perkara ini kepada aku.
Seorang pemimpin Pakatan Rakyat menggambarkan situasi Mahathir sekarang jelas menunjukkan dia sedang berada di dalam keadaan 'sakaratul maut' - satu keadaan sebelum mati yang biasa berlaku kepada orang yang banyak masalah semasa hidupnya.
Orang Islam percaya. dalam keadaan inilah bilamana individu berkenaan ditunjukkan tuhan segala kejahatan yang dilakukannya sebelum berada dalam keadaan tersebut.
Dalam kes Mahathir, aku yakin dia sedang dilihatkan dengan begitu banyak kejahatan silam yang dilakukannya sebelum ini, terutama yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar seperti yang kita tahu menanggung begitu banyak seksaan dan penghinaan akibat cubaan mencabar kekuasaan Mahathir pada lewat 90-an - cubaan yang membawa kepada pendakwaan palsu kononnya beliau terlibat dengan kesalahan meliwat bekas pemandunya, Azizan Abu Bakar secara paksa.
Mahkamah Persekutuan bagaimanapun menolak pendakwaan itu dan membebaskan Anwar pada 2004 - keputusan yang memberi tamparan hebat kepada 'kehebatan' Mahathir yang hanya terpakai dalam imiginasi para penyokongnya.
Justeru, aku mencela sebarang cubaan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang cuba menunjuk baik dengan mendoakan keselamatan Mahathir. Semalam saja aku lihat beberapa kenyataan hipokrit seperti itu yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tertentu yang aku enggan namakan disini.
Faham-faham sajalah siapa yang terlibat.
Yang penting, atas alasan apa sekalipun, tindakan seperti itu tidak boleh diterima kerana Mahathir adalah musuh utama Pakatan Rakyat dan keadaan itu akan kekal buat selama-lamanya selagi legasi yang bakal ditinggalkan Mahathir, masih kekal dalam persekitaran politik negara ini.
Sudah banyak kerosakan yang dilakukan Mahathir terhadap Pakatan Rakyat dan tidak sepatutnya kita memberi muka kepada dia walaupun pada saat-saat seperti sekarang.
No comments:
Post a Comment
Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab