Pages

Tuesday, November 12, 2013

Mampukah Komando UTK Tangkap Geng Tuhan Harun?


Setelah 'berjaya' menangkap suspek bunuh Ambank pada hari Ahad lepas, pihak polis kini terpaksa memberi sepenuh perhatian kepada memburu suspek yang membunuh Ketua Penolong Penguatkuasa JAIP, yang ditembak mati di rumahnya di Kuantan pada hari yang sama pula.

Beberapa suspek yang dipercayai terlibat kononnya telah dikenalpasti, dengan kumpulan ajaran sesat Tuhan Harun menjadi suspek utama untuk diburu setakat ini.

Kumpulan Tuhan Harun bukan satu-satunya yang mungkin terlibat, dikatakan ada beberapa kumpulan lain lagi, antaranya pergerakan Syiah dan kumpulan kongsi gelap.

Sama seperti dalam kes suspek Ambank berkenaan, aku yakin Unit Tindakan Khas (UTK) akan digunakan sekali lagi untuk mengesan dan menangkap kesemua 31 orang anggota kumpulan ajaran sesat tersebut - jika mereka gagal menyerah diri dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Persoalannya sekarang, jika operasi tersebut dijalankan nanti, mampukah UTK menangkap kesemua suspek terlibat dalam tempoh yang singkat.  

Untuk menangkap seorang suspek bunuh Ambank ini pun, UTK mengambil masa sehingga 18 hari sebelum berjaya mengesan dan menangkapnya di Johor.

Yang ini 31 orang, larat ke?


Kalau gagal, aku yakin apa pun populariti yang berjaya diraih pihak polis dalam kes penangkapan suspek Ambank kelmarin, akan hilang ditiup angin.  Perkara itu akan dilupakan dengan cepat, sekurang-kurangnya sehingga suspek berkenaan dihadapkan ke Mahkamah.

Tapi yakinlah yang untuk mendakwa suspek berkenaan akan memakan masa yang lebih panjang dari yang diperlukan untuk menangkapnya.

Lebih-lebih lagi dengan kewujudan seorang lagi suspek yang dikatakan menjadi perancang utama, aku yakin pejabat Peguam Negara akan mengambil masa yang lebih lama untuk menghadapkan suspek berkenaan ke Mahkamah.

Apa pun, itu cerita lain, sekarang ini tumpuan rakyat adalah kepada kumpulan Tuhan Harun ini dulu.

No comments:

Post a Comment

Komen Adalah Atas Tanggung Sendiri, Blog Ini Tidak Bertanggungjawab